SARJAN MAT SHAH REDAH API SELAMATKAN OKU, WARGA EMAS

SARJAN MAT SHAH REDAH API SELAMATKAN OKU, WARGA EMAS

 

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat sarjan nekad untuk meredah api setelah melihat seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anaknya dalam tragedi kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, petang kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, Maimunah Mohd Shah, 81, masuk semula ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya Zaidi Zainudin, 46, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga ke tangga dapur.

 

Menurut Sarjan Mat Shah Kasim, 57, tanpa memikirkan bahaya yang bakal dihadapinya berikutan keadaan api yang marak, bahang panas dan juga percikan api serta elektrik, dia nekad meredah bahagian dapur rumah yang sedang terbakar berkenaan.

See also  Video@Dibakarnya kereta gara gara cinta tak berbalas

 

“Saya lihat dari jauh seorang ibu sanggup berkorban menyelamatkan anak dan saya fikir, saya juga perlu nekad menyelamatkan dua beranak berkenaan lebih-lebih lagi memang menjadi keutamaan polis bagi membantu masyarakat.

 

“Alhamdulilah, walaupun keadaan pada masa itu agak bahaya, Allah masih melindungi saya semasa saya membawa mangsa yang melecur keluar sejauh lebih 10 meter dari rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini, tadi.

See also  {video} Cemas dikejar anak gajah

 

Mat Shah yang merupakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan berkenaan selepas habis bertugas menghantar pegawainya ke Kedah atas satu urusan rasmi.

 

“Kedua beranak yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian anggota badan itu di hantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

 

Menurutnya, dia tidak menyangkakan bakal berhadapan dengan situasi berkenaan sepanjang 39 tahun berkhidmat dalam pasukan polis bermula dengan Pasukan Polis Hutan Batalion 5 pada tahun 1982 dan kemudiannya bertukar ke Pasukan Gerakan Am.

See also  Kes belasah `bodyguard', polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta

 

“Pada tahun 2010 saya bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Rembau dan kini ditempatkan di Cawangan Logistik IPD Rembau,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

/NOR AINNA HAMZAH

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " SARJAN MAT SHAH REDAH API SELAMATKAN OKU, WARGA EMAS " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363040
Users Today : 1179
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9935
Users Last 30 days : 65390
Users This Month : 52058
Users This Year : 363039
Total Users : 363040
Views Today : 1877
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15454
Views Last 30 days : 100994
Views This Month : 80793
Views This Year : 559859
Total views : 559860
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares