Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE

Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE

 

Astro Awani

Mac 22, 2021 10:19 MYT

 

Satu struktur besi kren launcher pembinaan lebuh raya dilapor jatuh dan menghempap sebuah kereta berhampiran Puncak Banyan di Persiaran Alam Damai di ibu negara hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUALA LUMPUR: Dua individu maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

See also  Rakaman lagi aksi merbahaya Kereta dipandu melawan arus

 

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi.

 

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

 

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

See also  'Bonggol maut' Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula

 

“Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

 

“Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut.

 

Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

 

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

See also  Detik Getir Bomba Selamatkan 5 dalam kereta terhumban ke tebing sungai

 

Ketika ini operasi menyelamat masih sedang dijalankan.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367423
Users Today : 2335
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12055
Users Last 30 days : 64402
Users This Month : 56441
Users This Year : 367422
Total Users : 367423
Views Today : 3484
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18380
Views Last 30 days : 99521
Views This Month : 87322
Views This Year : 566388
Total views : 566389
Who's Online : 13
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares