7 kematian di UK selepas terima suntikan AstraZeneca

7 kematian di UK selepas terima suntikan AstraZeneca

LONDON: Badan kawal selia perubatan United Kingdom (UK) hari ini mengesahkan tujuh daripada 30 individu yang mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca, meninggal dunia.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kenyataan berhubung kes kematian itu dikeluarkan selepas beberapa negara Eropah mengambil keputusan menghentikan sementara suntikan vaksin AstraZeneca selepas ia berpotensi menyebabkan pembekuan darah.

 

Agensi Kawal Selia Produk Penjagaan Kesihatan dan Perubatan UK, dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima 30 laporan berhubung kesan pengambilan suntikan vaksin berkenaan.

See also  30 kakitangan HSAH dijangkiti Covid-19

 

“Malangnya, tujuh dilaporkan meninggal dunia,” katanya.

 

Belanda semalam menghentikan imunisasi menggunakan vaksin AstraZeneca untuk penerima berusia 60 tahun ke atas berikutan lima kes darah beku direkodkan dalam kalangan wanita termasuk seorang daripadanya meninggal dunia.

 

Susulan perkembangan itu, Jerman turut mengambil pendekatan sama awal minggu lalu terhadap suntikan vaksin AstraZeneca.

 

Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang sebelum ini mengesahkan bahawa vaksin AstraZeneca selamat digunakan, dijangka membuat pengumuman terbaru berhubung isu penggunaan vaksin berkenaan pada 7 April ini.

See also  10 April 2022, kes baru COVID-19 ialah 8,112

 

Pada Rabu lalu, EMA menyatakan kepercayaan bahawa vaksin dibangunkan farmaseutikal UK itu selamat, malah pakar tidak menemui sebarang faktor risiko membabitkan umur, jantina atau sejarah perubatan.

 

Katanya, 30 laporan pembekuan darah atau trombosis yang dikemukakan pengamal perubatan atau orang awam menerusi laman sesawang kerajaan mula timbul hanya selepas 18.1 juta dos vaksin AstraZeneca diberikan kepada penduduk UK.

 

Kebanyakannya iaitu 22 kes, adalah ‘cerebral venous sinus thrombosis’ atau pembekuan darah pada saraf otak.

See also  Kajian Lada hitam dan lada putih manfaat kepada manusia

 

Lapan kes lain menyaksikan penerima suntikan vaksin mengalami pembekuan darah dan kandungan platlet darah yang rendah, sekali gus menyumbang kepada pembekuan darah. – AFP

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 kematian di UK selepas terima suntikan AstraZeneca " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367455
Users Today : 2367
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12087
Users Last 30 days : 64434
Users This Month : 56473
Users This Year : 367454
Total Users : 367455
Views Today : 3538
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18434
Views Last 30 days : 99575
Views This Month : 87376
Views This Year : 566442
Total views : 566443
Who's Online : 14
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares