KES DERA KANAK-KANAK : POLIS TAHAN BAPA KANDUNG

KES DERA KANAK-KANAK : POLIS TAHAN BAPA KANDUNG

 

TAWAU, 15 April 2021 – Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 3 dan 5 tahun menjadi mangsa dera bapa kandung di Ladang Giram Ulu Balung, Tawau.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas berkata, video mengenai kanak-kanak malang itu turut menjadi viral di laman sosial sejak semalam, dan dikongsi oleh pengguna di Facebook.

 

Kesal dengan tindakan itu, seorang anggota Polis Bantuan di Ladang Giram Divisyen Ulu Balung Tawau telah melihat satu video yang tular di media sosial berkenaan tampil membuat laporan Polis di Balai Polis Seri Indah, Tawau kira-kira 1126 pagi semalam.

See also  Polis buru lelaki rogol anak saudara

 

“Setelah meneliti kandungan video berkenaan, pengadu mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan pekerja Ulu Balung, Tawau,”

 

Dalam video berdurasi 26 dan 16 saat itu yang dirakam sendiri oleh suspek, memaparkan seorang lelaki telah memijak 2 kanak-kanak lelaki dan perempuan sambil memegang sebilah pisau.

 

Bertindak atas maklumat, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna telah menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Andung Jalan Kabogan Semporna.

See also  Jika begini caranya tak perlu jadi manusia pun

 

“Motif kejadian adalah dipercayai berlaku krisis rumah tangga suspek dan bertindak mengugut isteri suspek untuk pulang ke rumah dengan cara mendera kedua-dua orang anak suspek,” katanya ketika mengadakan sidang media petang tadi.

 

Suspek seorang warga asing berumur 20 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut manakala kedua-dua kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Tawau bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

 

Kes disiasat mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

See also  Video pengawal keselamatan dipukul rakaman lama

 

Polis juga turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo dan sebilah parang berukuran panjang 31cm.

 

Penulis / Jurugambar :

KPL Hasri Bin Mohamad

Media IPD Tawau

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " KES DERA KANAK-KANAK : POLIS TAHAN BAPA KANDUNG " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146579
Users Today : 3028
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21885
Users Last 30 days : 77977
Users This Month : 40304
Users This Year : 146578
Total Users : 146579
Views Today : 4238
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33295
Views Last 30 days : 119511
Views This Month : 61425
Views This Year : 223815
Total views : 223816
Who's Online : 29
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares