Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat

#Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat

Kota Bharu – Katil hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini hampir penuh susulan peningkatan mendadak kes itu sejak beberapa hari lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata susulan peningkatan jumlah pesakit, pihaknya bercadang untuk membuka satu lagi PKRC dalam masa terdekat iaitu Dewan Jabatan Belia di Panji.

See also  Sehingga 8 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,868 kes (808,658 kes)

 

Katanya, Lima PKRC yang sedia ada sudah mencecah bilangan pesakit antara 79 hingga 103 peratus, manakala sebuah PKRC yang baharu dibuka beberapa hari lalu sudah mencecah bilangan pesakit 33 peratus.

 

“Jika kes semakin meningkat, terdapat pesakit yang terpaksa diasingkan di rumah.

 

“Bagi mengurangkan sampel yang tertunggak, Jabatan Kesihatan sudah mendapat bantuan dari makmal di Hospital Universiti Sains Malysia (HUSM) dan Makmal Kesihatan Awan Ipoh, Perak,” katanya.

See also  Kaedah mengatasi kaki berbau

 

Dr Zaini berkata, jangkitan dalam kluster dilaporkan berlaku di tempat kerja atau sekolah serta masjid semasa kelas pengajian dan bermesyuarat.

 

Selain itu, katanya, jangkitan juga berlaku pada majlis keramaian seperti kenduri, penjara dan komuniti.

 

“Sebanyak 23 peratus dikesan melalui saringan bergejala dan tidak bergejala serta dari zon merah yang tidak mempunyai kontak rapat.

 

See also  5 individu bergaduh tepi jalan didenda RM4,000

“Jumlah peratusan itu menunjukkan jangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” tambahnya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Terkini Covid-19 Kelantan: katil hospital,PKRC penuh dengan cepat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367333
Users Today : 2245
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11965
Users Last 30 days : 64312
Users This Month : 56351
Users This Year : 367332
Total Users : 367333
Views Today : 3344
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18240
Views Last 30 days : 99381
Views This Month : 87182
Views This Year : 566248
Total views : 566249
Who's Online : 25
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares