Polis siasat video pukul guna getah paip

Polis siasat video pukul guna getah paip

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan beberapa individu yang terbabit dalam video kes pukul dua lelaki menggunakan getah paip dipercayai di kawasan Chow Kit di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 54 saat menunjukkan dua mangsa dipukul menggunakan getah paip serta ditendang dua lelaki dengan disaksikan oleh enam individu lain, semalam.

See also  [Video]Berang tak dapat calon isteri punca penjawat awam pukul perunding cari jodoh 

 

“Isi kandungan video itu didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

 

“Satu laporan polis dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menyiasat video berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Mohamad Zainal berkata, siasatan polis akan menjurus kepada individu yang terbabit dalam video berkenaan.

See also  Pelajar Tingkatan Dua terima penghargaan PDRM

 

“Mereka akan dikesan dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 342 Kanun Keseksaan.

 

“Orang ramai diingatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan video itu di media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.

 

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil atau menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

See also  CCTV Serang kenalan wanita kerana cinta ditolak
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis siasat video pukul guna getah paip " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156041
Users Today : 831
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24436
Users Last 30 days : 79865
Users This Month : 49766
Users This Year : 156040
Total Users : 156041
Views Today : 1429
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36941
Views Last 30 days : 122983
Views This Month : 76260
Views This Year : 238650
Total views : 238651
Who's Online : 0
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares