{VIDEO} Warga Putrajaya berpesta mercun bertempiaran lari

PETALING JAYA – Sekumpulan penduduk yang sedang asyik membakar bunga api dan mercun bertempiaran lari sebaik ternampak sebuah kereta peronda polis tiba untuk membuat pemeriksaan dalam kejadian di kawasan perumahan Presint 17, Putrajaya kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Berdasarkan rakaman sebuah video, penduduk sebelum itu sedang berseronok membakar bahan letupan tersebut di tengah jalan di kawasan parkir dipercayai untuk memeriahkan suasana kerana masing-masing tidak dapat pulang beraya di kampung halaman masing-masing.

 

Difahamkan, keadaan sama turut berlaku di beberapa lokasi di sekitar Putrajaya seperti di Presint 5, 11, 14, 15 dan 17.

See also  Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

 

Berdasarkan komen di laman Facebook, rata-rata pengguna berpendapat tidak salah untuk bermain mercun dan bunga api namun perlu menjaga jarak serta memakai pelitup muka.

 

“Rasanya polis kasi je kalau nak main mercun cuma perlu pakai mask dan jangan berkumpul. Siapalah yang report (membuat aduan). Kasi can lah sebab semua tak boleh balik kampung,” kata seorang pengguna lain.

See also  Polis tak wajar menari dalam Tik Tok

 

Namun ada juga pengguna yang menyokong tindakan polis datang membuat pemeriksaan kerana mengganggu ketenteraman awam ekoran membuat bising dengan bunyi letupan.

 

Namun ada satu komen yang mendapat perhatian pengguna lain iaitu:

 

“Presint 9 semalam berlawan ok je. tapi ada juga yang berbunyi katanya main dari rumah, itu memang bahayalah. Cuma ugut nak report tu macam tak pernah sambut raya dengan bunga api je. Setahun sekali je pun. Bila buat persembahan bunga api beria bersesak nak pergi tengok. Pelik-pelik”.

See also  Amuk: Empat anggota TUDM maut ditembak

▶️ KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Warga Putrajaya berpesta mercun bertempiaran lari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1127
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35540
Views Last 30 days : 121477
Views This Month : 77678
Views This Year : 240068
Total views : 240069
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares