Lelaki belasah pencuri ditangkap
Kuching:
Sorotan Kes belasah pencuri air cola di sebuah pasaraya Taman Riverview, Bintawa di Kuching Sarawak. Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kes dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, suspek yang berusia 23 tahun ditangkap oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada jam 11 malam di hadapan hotel bajet di King Centre.
“Polis juga merampas getah paip yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kes dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Merbin berkata, suspek direman selama empat hari sehingga 21 Mei ini.
Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan pendakwaan di mahkamah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki belasah pencuri ditangkap " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.