{VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

Dua jiran gaduh kerana parkir kereta

 

SUBANG JAYA – Perselisihan faham dua jiran di Subang Permai, di sini pada Sabtu lalu hingga tular di media sosial berpunca mengenai isu parkir kenderaan yang menyebabkan kesesakan di laluan perumahan terbabit.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian kira-kira jam 2.10 petang itu melibatkan dua lelaki iaitu seorang warga tempatan berusia 34 dan warga Bangladesh berusia 43.

 

Menurutnya, kedua-dua pihak telah bertengkar, saling memarahi dan memaki hamun dengan perkataan yang kurang sopan serta nada tinggi namun tiada kata ugutan atau hingga menyebabkan kecederaan berlaku.

See also  Gara-Gara Tanaman dan Parkir Jiran bertengkar

 

“Punca perselisihan faham adalah mengenai isu tempat letak kereta sehingga menyebabkan kesesakan di jalan dalam perumahan tersebut.

 

“Semasa insiden itu, kedua-dua pihak juga telah merakam video kejadian dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

 

Beliau berkata, salah satu pihak telah memuat naik video pertengkaran yang berdurasi selama dua minit 29 saat ke dalam media sosial Facebook melalui laman ‘Aduan Rakyat Malaysia’. Video tersebut telah dikongsi beberapa kali sehingga menyebabkannya tular sebelum dipadam dari media sosial.

 

Katanya, polis juga telah menerima laporan daripada dua individu terbabit dan mereka telah dipanggil untuk melengkapkan siasatan.

See also  CCTV Koperal polis tendang perut pengawal keselamatan ditahan

 

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

 

Jelas Abd Khalid, pihaknya memandang serius kejadian sedemikian dan meminta orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan selain tidak melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

 

“Sekiranya terkesan sesuatu yang dirasakan tidak betul, sila laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

 

“Pihak polis juga ingin memberi nasihat kepada warga netizen supaya tidak menyebarkan sebarang video atau memberi komen yang boleh menyentuh atau mengganggu gugat keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

See also  Polis berjaya selamatkan Dua warga India mangsa dera bekas penyelia  

 

“Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya didapati bersalah, hukuman denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO Tular} Dua jiran gaduh kerana parkir kereta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378413
Users Today : 2008
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16552
Users Last 30 days : 61803
Users This Month : 5417
Users This Year : 378412
Total Users : 378413
Views Today : 2784
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24661
Views Last 30 days : 94913
Views This Month : 7949
Views This Year : 582643
Total views : 582644
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares