Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya

 

25 May 2021

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

SHAH ALAM – Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.

 

Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.

 

Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.

See also  Bangladesh hantar kumpulan ketiga pelarian Rohingya ke Bhasan Char

 

“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.

 

“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

 

“Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

See also  Isteri Dipercayai Lari Ikut Jantan Lain, Lelaki Bawa Dua Anak Berjalan kaki Cari Kerja

 

Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.

 

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

 

Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta

See also  Lelaki sokong Israel di TikTok positif dadah
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145913
Users Today : 2362
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21219
Users Last 30 days : 77311
Users This Month : 39638
Users This Year : 145912
Total Users : 145913
Views Today : 3256
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32313
Views Last 30 days : 118529
Views This Month : 60443
Views This Year : 222833
Total views : 222834
Who's Online : 47
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares