Polis Siasat Gambar Exco Pulau Pinang Makan Dalam Kedai

Polis Siasat Gambar Exco Pulau Pinang Makan Dalam Kedai

BUTTERWORTH, 26 Mei – Polis menjalankan siasatan ke atas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee, selepas gambarnya tular menunjukkan beliau disyaki makan di sebuah kedai makan di Medan Selera Sin Tat Garden, di sini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu makan di dalam kedai sedangkan ia tidak dibenarkan.

 

“Berikutan itu, polis memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bagan Jermal, pemilik kedai dan beberapa lagi individu, untuk direkodkan keterangan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

See also  Gejala long covid memerlukan terapi berterusan

 

“Polis jalankan siasatan kes itu menurut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021,” katanya kepada Bernama hari ini.

 

Sejak semalam tular di media sosial gambar Soon disyaki makan di sebuah medan selera, dan netizen mengecam tindakan exco tersebut dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

 

Noorzainy berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian itu berlaku pada 3 petang 23 Mei lepas dan Soon mendakwa beliau hadir di medan selera tersebut untuk mempromosikan satu gerai makan di situ, namun tidak menjamu selera di situ seperti dalam gambar yang tular.

See also  Benarkah Lori biasa Hantar Vaksin covid19

 

“Menurut beliau (Soon) lagi, dia telah masuk ke kedai makan itu untuk menangkap gambar menunjukan beliau sedang menikmati makanan tersebut, dan hanya berlakon tanpa memakai pelitup hidung serta mulut, serta tidak makan di lokasi tersebut dan selepas selesai beliau terus beredar,” katanya.

 

Noorzainy meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan menafikan polis tidak mengambil tindakan, sedangkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

See also  Bukan kompaun sebaliknya notis hadir beri keterangan – JHEAINS

 

Menurutnya kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya apabila siasatan kes itu selesai dijalankan.

 

— BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Polis Siasat Gambar Exco Pulau Pinang Makan Dalam Kedai " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1410
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36922
Views Last 30 days : 122964
Views This Month : 76241
Views This Year : 238631
Total views : 238632
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares