{Video Kejar Mengejar} Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah

Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah – Wilayahku

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KETUA Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek cuba melarikan selepas sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) menahan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 6.40 petang.

 

CUBAAN seorang lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan 18/16 Petaling Jaya, di sini, gagal apabila dia ditahan bersama sejumlah dadah jenis heroin, petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 34 tahun itu, cuba melarikan selepas sepasukan anggota unit kereta peronda (MPV) menahan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan pada kira-kia 6.40 petang.

See also  Mayat reput sah wanita mati dibunuh

 

Beliau berkata suspek kemudian bertindak memandu secara berbahaya hingga hampir melanggar orang awam dan pengguna jalan raya lain.

 

“Anggota bertindak pantas dengan mengejar kereta tersebut selama kira-kira 20 minit sebelum berjaya menahan suspek di hadapan sebuah bank di Pekan Lama Petaling Jaya.

 

“Polis terpaksa memecahkan cermin kereta suspek kerana dia enggan keluar dari kenderaan untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  {Video} Individu gaduh depan hospital diburu

 

Mohamad Fakhrudin berkata susulan kejadian itu, dua anggota cedera ringan di bahagian tangan kiri dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

 

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek, polis menemui satu tiub penyedut minuman disyaki dadah jenis heroin dianggarkan seberat 0.30 gram dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

 

“Semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau melibatkan kes curi dan dadah serta kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

See also  Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video Kejar Mengejar} Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148581
Users Today : 188
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23887
Users Last 30 days : 79979
Users This Month : 42306
Users This Year : 148580
Total Users : 148581
Views Today : 250
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36536
Views Last 30 days : 122752
Views This Month : 64666
Views This Year : 227056
Total views : 227057
Who's Online : 14
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares