JPNP bongkar kegiatan lombong emas haram dalam hutan

JPNP bongkar kegiatan lombong emas haram dalam hutan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KUANTAN, PAHANG – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya membongkar kegiatan melombong emas secara haram menggunakan kaedah lubang di Hutan Simpan Ibam, Muadzam Shah, Rompin.

 

Dalam Operasi Bersepadu Lombong yang dijalankan selama tiga hari berakhir pada Khamis lalu itu, tiada tangkapan dilakukan memandangkan pelombong haram yang disyaki dalam kalangan warga asing lebih awal meninggalkan kawasan tersebut bagi mengelak dicekup.

 

Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mereka mendapat maklumat kehadiran pihak berkuasa dan segera melarikan diri.

 

Nor Azirim berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya merampas dua jengkaut yang ditemui dalam kawasan hutan simpan itu.

See also  Makanan RMT sedang disiapkan sudah di viral mengundang kecaman

 

“Kejayaan ini hasil tindakan Penguat kuasa JPNP Zon Timur dan Zon Barat bersama Unit Tindakan Khas (UTK) Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UNIFIED).

 

“Bertindak atas maklumat, pasukan ini melakukan serbuan ke lokasi dengan menempuh perjalanan sejauh 45 kilometer melalui jalan balak.

 

“Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati wujud aktiviti perlombongan emas secara haram menggunakan kaedah lubang bagi mendapatkan tanah serta batu yang mengandungi emas.

 

“Cara itu dipercayai lebih mudah dan memberi hasil lebih lumayan berbanding kaedah palong dan mendulang,” katanya.

 

Nor Azirim berkata, pihaknya percaya kegiatan itu didalangi tiga atau empat individu warga asing dan mereka juga profesional dalam menggunakan teknologi moden untuk mengesan jajaran emas yang terdapat dalam Hutan Simpan Ibam itu.

See also  Polis buru dua suspek cubaan ragut di Bandar Sri Damansara

 

Menurutnya, kegiatan melombong emas secara haram menggunakan kaedah lubang itu pertama kali dikesan di negeri ini.

 

“Kita percaya mereka menggunakan kaedah ini kerana faktor kandungan mineral berharga itu yang banyak walaupun ia amat bahaya dan berisiko berlaku tanah runtuh dan tertimbus.

 

“Kegiatan ini juga dipercayai dijalankan sepanjang hari di mana kerja-kerja mengambil tanah serta batu dilakukan pada waktu malam kerana pantulan kilauan emas lebih jelas,” katanya.

 

Tambahnya, tanah dan batu yang dikaut diletakkan di dalam guni sebelum dipindahkan untuk aktiviti mengayak di kawasan takungan air yang disediakan.

 

Nor Azirim berkata, pihaknya akan terus melakukan rondaan secara berterusan di kawasan Hutan Simpan Ibam bagi mengesan aktiviti melombong emas secara haram,

See also  [VIDEO] Pelombong emas haram di hutan simpan Ulu Jelai terbongkar

 

“Pada awal tahun lalu anggota UTK PHD Rompin berjaya menahan empat individu yang dikesan melakukan aktiviti melombong emas secara haram di Sungai Charah dalam Hutan Simpan Ibam,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Oleh: NIK AMIRULMUMIN NIK MIN

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " JPNP bongkar kegiatan lombong emas haram dalam hutan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156136
Users Today : 926
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24531
Users Last 30 days : 79960
Users This Month : 49861
Users This Year : 156135
Total Users : 156136
Views Today : 1683
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37195
Views Last 30 days : 123237
Views This Month : 76514
Views This Year : 238904
Total views : 238905
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares