Ketulan najis jatuh dari langit buat penduduk kampung di UK gempar

Ketulan najis jatuh dari langit buat penduduk kampung di UK gempar

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Penduduk di sebuah kampung kecil di United Kingdom (UK) gempar apabila ketulan besar najis beku secara tiba-tiba jatuh dari langit.

 

Penduduk terdengar satu bunyi kuat kira-kira jam 10:30 malam Isnin lalu dan menemui ketulan besar berkenaan di tepi jalan, lapor Portsmouth News.

 

Seorang penduduk, Louise Browne berkata ketulan tersebut berukuran kira-kira 50 sentimer persegi.

See also  Abraham Johannes menceritakan satu letupan besar kedengaran dari kapal Titanic

 

“Kami sedang bersiap untuk tidur dan tiba-tiba terdengar seperti ada orang membaling batu ke arah tingkap,” katanya.

 

“Suami saya berkata ketulan ini pasti terjatuh daripada sebuah pesawat.”

 

Bau busuk menyelubungi kampung tersebut selepas ketulan itu mula cair dan ini meyakinkan penduduk ia mungkin terjatuh daripada tandas sebuah pesawat.

 

Insiden najis beku terjatuh daripada sebuah pesawat dilaporkan jarang berlaku namun ia dikenali sebagai ‘blue ice’.

See also  [Video] Harimau Belang Berkaki Tiga memerlukan perlindungan segera

 

Ketulan ais yang dinamakan ‘blue ice’ ialah sisa manusia yang diproses dalam pesawat. Imej: Travelog.com

 

Tambah Browne lagi, ketulan tersebut hampir terkena sebuah kereta.

 

“Nasib baik ketulan itu tidak terjatuh ke atas kereta berkenaan.

 

“Mujur juga tiada orang sedang berjalan di kawasan berkenaan pada masa itu. Jika tidak sudah pasti ia akan menyebabkan kecederaan atau kematian,” katanya kepada Latin Times.

See also  Warna dan bentuk najis beri petanda awal masalah kesihatan

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ketulan najis jatuh dari langit buat penduduk kampung di UK gempar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149938
Users Today : 1545
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22440
Users Last 30 days : 79660
Users This Month : 43663
Users This Year : 149937
Total Users : 149938
Views Today : 2135
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33800
Views Last 30 days : 121960
Views This Month : 66551
Views This Year : 228941
Total views : 228942
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares