Pengaruh Love Scam menyebabkan Ibu Tunggal kerugian hampir RM1juta

Ibu Tunggal Rugi Hampir RM1 Juta, Terpedaya Dengan Love Scam

BUKIT MERTAJAM, 21 Jun (Bernama) — Seorang ibu tunggal di Alma di sini, kerugian hampir RM1 juta kerana terpedaya dengan ‘Love Scam’ yang berlarutan selama lebih dua tahun sejak April 2019 hingga bulan ini.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata wanita berusia 58 tahun yang bekerja sebagai kerani akaun sebuah pasar raya di sini, mendakwa berkenalan dengan seorang lelaki yang mengaku tinggal di Amerika Syarikat, melalui Instagram.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Mangsa mengenali lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘William Schang’ tersebut pada April 2019 sebelum mereka bertukar nombor telefon dan terus berhubung sehingga menjalinkan cinta secara maya.

See also  Jumpa mayat bayi perempuan dalam longkang

 

“Suspek kemudiannya meminta untuk meminjam wang daripada mangsa, kononnya mempunyai masalah kewangan bagi membiayai urusan perniagaan cari gali petroleum miliknya di Amerika Syarikat, serta berjanji untuk membayar semula dengan komisyen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya wanita itu yang percaya dengan janji lelaki tersebut telah melakukan 50 transaksi sejak 9 April 2019 hingga Februari lepas ke lima akaun tempatan membabitkan wang secara keseluruhan berjumlah RM927,400.

See also  KWSP : Jangan Terpedaya Dengan Aplikasi Palsu Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab

 

Shafee berkata wanita itu dipercayai mengeluarkan duit simpanannya dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk diberikan kepada suspek dan hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi lelaki tersebut setelah memindahkan kesemua wang berkenaan.

 

“Mangsa yang menyedari telah menjadi mangsa penipuan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT semalam dan polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan pemilik-pemilik akaun digunakan sindiket tersebut untuk menipu wanita itu,” katanya.

 

Katanya siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan keldai akaun untuk setiap transaksi malah semakan mendapati empat daripada lima nombor akaun itu mempunyai laporan bersangkut kes penipuan di beberapa negeri lain.

See also  4 kereta mewah berlumba Pandu lawan arus

 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.

 

Sumber: BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengaruh Love Scam menyebabkan Ibu Tunggal kerugian hampir RM1juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124437
Users Today : 3860
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22109
Users Last 30 days : 69782
Users This Month : 18162
Users This Year : 124436
Total Users : 124437
Views Today : 5812
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33591
Views Last 30 days : 108295
Views This Month : 27704
Views This Year : 190094
Total views : 190095
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares