Bantu JKM cari ibu Hussien

NASIONAL

Ibu ‘Hussein’ masih gagal dikesan

Jun 24, 2021 @ 3:53pm

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

IPOH: Seorang wanita yang telah menghilangkan diri selepas lebih seminggu melahirkan bayi lelakinya ‘Hussein’ pada 22 April di Hospital Slim River, dekat sini, hingga kini masih gagal dikesan.

 

Pegawai Pelindung, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim Wan Nurhaliza Wan Ghazali, berkata wanita berkenaan yang dikenali Rashidah Abdullah, 22, gagal dikesan selepas dibenarkan keluar sebentar dari Hospital berkenaan untuk ke pekan Slim River pada 29 April.

See also  TMJ-Biar saya uruskan skuad kebangsaan

 

“Selepas beberapa hari kelahiran, bayi berkenaan dijangkiti sakit kuning dan sedang menerima rawatan dan pemerhatian di Wad Kanak-kanak Hospital Slim River. (Sebelum itu) Rashidah telah dapat kebenaran daripada pihak Wad Kanak kanak Hospital Slim River untuk keluar sementara pada waktu tengah hari untuk membuat urusan rasmi peribadi di Pekan Slim River,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Wan Nurhaliza berkata, sejak Rashidah keluar untuk membuat urusan peribadinya, ibu bayi yang diberi nama Hussein buat sementara itu terus menghilangkan diri dan tidak pulang ke wad hospital berkenaan.

See also  Bayi dalam kotak ditemui di pintu pagar surau

 

Berikutan itu, pihak hospital menghubungi pihak JKM daerah untuk mengambil tindakan selanjutnya pada bayi berkenaan.

 

“JKM telah memberi tempoh sebulan lebih untuk ibu atau bapa kandung kepada Hussein untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan membantu mencari cara penyelesaian masalah mereka sekeluarga menurut Perintah Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2016 Pelindung kanak-kanak.

 

“Berdasarkan maklumat terakhir, wanita berkenaan tinggal di Hulu Bernam namun gagal dikesan, dan justeru orang ramai yang mengenalinya boleh boleh menghubungi JKM daerah di talian 05-4529664 untuk sebarang maklumat lanjut. – BERNAMA

See also  Warga emas hilang cari lokan ditemui selamat
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bantu JKM cari ibu Hussien " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148574
Users Today : 181
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23880
Users Last 30 days : 79972
Users This Month : 42299
Users This Year : 148573
Total Users : 148574
Views Today : 239
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36525
Views Last 30 days : 122741
Views This Month : 64655
Views This Year : 227045
Total views : 227046
Who's Online : 16
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares