Operasi musnah kebun Musang King Raub bermula

Operasi musnah kebun Musang King Raub bermula

Raub: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bertindak tegas dengan memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101 hektar yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam, di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Pengarah JPNP, Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, operasi bersepadu selama sebulan bermula semalam hingga bulan depan itu membabitkan pelbagai agensi dan tertumpu dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam.

 

Menurutnya, dalam operasi semalam tumpuan diberikan kepada aktiviti rondaan dan tangkapan individu yang memasuki hutan simpan tanpa kebenaran.

See also  Video©Permainan wau atau layang layang terapi meredakan tekanan.

 

“Unit penguat kuasa JPNP dibahagikan kepada beberapa kumpulan, mereka melakukan rondaan dan tangkapan selain turut menjalankan kerja penandaan zon kawasan tebangan yang bermula hari ini.

 

“Kita perlu bertindak tegas dalam memastikan aktiviti menceroboh Hutan Simpan Batu Talam tidak terus berlaku pada masa akan datang,” katanya, di sini hari ini.

 

Mohd Hizamri berkata, dalam operasi semalam, seramai empat individu masing-masing membabitkan dua pekerja warga asing dan tempatan ditahan kerana menceroboh hutan simpan.

 

See also  Pemandu kereta tidak endah ambulans beri alasan tidak dengar siren sebab radio terlalu kuat

Katanya, mereka akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

 

“Kami turut menyita masing-masing sebuah motosikal, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Land Rover,” katanya.

 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tras, Chow Yu Hui yang hadir bersama beberapa pekebun ke kawasan sekatan semalam mendakwa pekebun sudah mendapat kebenaran mahkamah sebelum ini untuk masuk ke kebun berkenaan.

 

Katanya, kira-kira 20 pekebun yang mengusahakan kawasan berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu mengalami kerugian apabila buah durian Musang King yang mula gugur tidak dapat dijual.

See also  Restoran diarah tutup - individu dari KL ke Kelantan singgah makan positif Covid-19

 

Katanya, pekebun juga sudah membuat laporan polis terhadap larangan mereka memasuki kawasan kebun durian bagi mengutip hasil.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Operasi musnah kebun Musang King Raub bermula " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139500
Users Today : 676
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21629
Users Last 30 days : 74156
Users This Month : 33225
Users This Year : 139499
Total Users : 139500
Views Today : 913
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33561
Views Last 30 days : 114728
Views This Month : 51303
Views This Year : 213693
Total views : 213694
Who's Online : 34
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares