Dugaan Pasangan baru mendirikan rumah tangga diuji Pernah cuma ada sehelai duit RM10 dalam dompet

Graduan Ekonomi baru kahwin perit terkesan PKP, harapkan rezeki ‘pasu unik’ selepas suami h1lang kerja – “Pernah cuma ada sehelai duit RM10 dalam dompet”

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Suami Nani kini menjual pasu unik selepas kehilangan pekerjaan gara-gara PKP.

TERNYATA terlalu ramai keluarga mahupun individu yang terkesan apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandem1k Covid-19, sejak tahun lalu.

 

Begitu juga halnya dengan wanita ini, apatah lagi dia baru sahaja mahu membina kehidupan baharu selepas melangsungkan perkahwinan, setahun lalu.

 

Tempoh PKP yang berpanjangan menyebabkan dirinya masih belum berpeluang mendapat sebarang tawaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian, Jun tahun lalu.

 

Bak jatuh ditimpa tangga, suaminya yang bekerja sebagai penyelenggara penghawa dingin juga kehilangan pekerjaan gara-gara PKP, sekali gus menyebabkan situasi kewangan mereka terjejas teruk sejak beberapa bulan lalu.

 

Kini pasangan ini mencuba nasib menjual pasu buatan sendiri, demi sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Suami Nani membuat tempahan pasu dengan dibantu oleh seorang anak saudaranya.

 

“Assalamualaikum. Boleh tak korang tolong RT tweet ni? Ini sahaja punca pendapatan saya dengan husband sekarang. Ini pasu handmade dari husband sendiri. Tak beli takpe, tapi kalau lalu di timeline korang tolong RT tau! Terima kasih sangat-sangat, ” demikian ciapan wanita tersebut di Twitter yang sehingga kini meraih 22,000 ulang kicau.

See also  Anak berjiwa besar kebanggaan keluarga

 

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nani itu berkata, tujuan dia membuat hantaran di Twitter jauh sekali untuk meraih s1mpati sebaliknya hanya mahu mencuba nasib mencari rezeki.

 

“Sebenarnya suami saya sebelum ini bekerja sendiri seperti baiki pendingin hawa, buat welding dan sebagainya. Tapi bila PKP, suami kehil4ngan pekerjaan memandangkan tiada permintaan lagi pula pergerakan terhad.

Suami Nani menyiapkan tempahan pasu daripada pelanggan.

 

“Kami sebelum ini bergantung dengan duit simpanan termasuklah perbelanjaan keperluan harian dan komitmen lain seperti kereta. Tapi akhirnya duit simpanan menyusut sebab dah berbulan-bulan tiada pendapatan.

 

“Pernah hanya ada sehelai not RM10 saja dalam dompet. Namun kami tawakal dan berusaha sehabis mungkin. Itulah datang idea nak jual pasu buatan sendiri sebagai usaha.

 

“Tak sangka tweet itu viral. Mungkin masa tulis tu, ia datang daripada hati, mengenangkan situasi yang dilalui. Namun jauh sekali untuk meraih simpati, ” ujarnya yang berusia 24 tahun dan menetap di Tuaran, Sabah ini.

 

Bercerita mengenai idea untuk menghasilkan pasu tersebut, Nani yang juga graduan ekonomi dari sebuah universiti di utara tanah air berkata, segala-galanya bermula dengan permintaan ibu mentuanya

See also  Hidangan Istimewa Nasi Lemak Telor Simkad

 

Selain unik, pasu ini sangat sesuai untuk bercucuk tanam di kawasan yang terhad.

 

“Ibu mentua saya tukang kebun di sekolah, jadi dia minta suami buatkan pasu untuk tanam bunga. Kami dapat idea buat rekaan pasu ‘berdiri’ ni dengan merujuk laman-laman lain juga.

 

“Ia sangat sesuai bagi bagi mereka yang tinggal di apartment atau mereka yang punyai tanah terhad tetapi gemar bercucuk tanam.

 

“Buat masa ini, suami seorang yang buat sendiri sambil dibantu seorang anak buah. Ada tiga saiz pasu yang dihasilkan iaitu dua, tiga dan empat kaki yang berharga bermula RM15 hingga RM25, ” katanya.

 

Tambah Nani, pada peringkat permulaan, jualan pasu tersebut amat perlahan dan kurang mendapat sambutan di Sabah.

 

“Boleh kata, dalam seminggu tu ada dua atau tiga batang sahaja terjual. Tak sangka, selepas viral, ramai sangat order… sehingga kini lebih kurang 30 batang kami boleh terima sebab suami seorang sahaja yang buat.

 

“Majoriti pesanan dari semenanjung Malaysia. Ada yang nak beli borong, tapi saya tak sarankan beli daripada kami sebab kami tiada ready stock yang banyak, keduanya, caj penghantaran ke semenanjung agak tinggi, ” katanya.

See also  Ayam murah kurang sambutan di Terengganu

 

Tidak menyangka ciapannya tular, Nani berkata dia terlalu terharu dengan reaksi yang ditunjukkan netizen.

Nani dan suaminya gembira kerana pasu mereka mendapat sambutan yang menggalakkan selepas ciapannya menjadi tular.

 

“Saya terharu dapat sambutan dan juga ramai yang membantu dengan membeli dan juga retweet. Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Suka saya tengok wajah suami senyum sekarang.

 

“Malah dia lagi bersemangat dan cuba buat yang terbaik… dia kalau boleh pastikan setiap pasu tu tak ada cac4t ce.la. Baginya, kepuasan pelanggan sangat penting biarpun untung tak tinggi mana.

 

“Harapan kami, kalau boleh nak kembangkan bisnes ni dan perkenalkan pasu ini kepada lebih ramai orang, ” ujarnya.

 

Sumber : Mstar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dugaan Pasangan baru mendirikan rumah tangga diuji Pernah cuma ada sehelai duit RM10 dalam dompet " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363032
Users Today : 1171
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9927
Users Last 30 days : 65382
Users This Month : 52050
Users This Year : 363031
Total Users : 363032
Views Today : 1866
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15443
Views Last 30 days : 100983
Views This Month : 80782
Views This Year : 559848
Total views : 559849
Who's Online : 8
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares