Ada juga orang kenamaan guna surat nak rentas daerah, negeri’
Oleh NUR ANATI JUHARI
18 Julai 2021, 8:05 pm
ALOR SETAR: Polis menerima sebanyak 321 permohonan untuk rentas daerah dan negeri menjelang Hari Raya Aidiladha sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri Mat Akhir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 59 permohonan tersebut ditolak dengan pelbagai alasan tidak munasabah.
“Ada juga orang kenamaan di daerah ini dikesan menggunakan surat dengan logo persatuan atau institusi tertentu bagi membolehkan rentas daerah dan negeri bagi tujuan memberi bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, permohonan rentas daerah dan negeri didapati meningkat berbanding hari biasa berikutan sambutan Aidiladha pada Selasa ini.
“Masyarakat diingatkan rentas daerah dan negeri hanya dibenarkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Jelasnya, peringatan juga diberikan kepada penduduk supaya mematuhi SOP sambutan Aidiladha yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan sewajarnya diambil
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Ada juga orang kenamaan guna surat nak rentas daerah, negeri " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.