Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

Misteri lelaki tua bertongkat terjawab

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

LELAKI yang masuk ke perkarangan rumah penduduk di Taman Cengal yang tular di laman sosial. FOTO tular

 

Sungai Petani: Polis mengesahkan lelaki yang masuk ke perkarangan sebuah rumah di Taman Cengal, di sini, seperti yang tular di laman sosial sejak semalam didapati kurang waras.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki itu tidak tahu apa yang dibuat di situ malah turut berbogel di hadapan pasukan polis.

See also  Video Mendebarkan Saat Bomba selamatkan wanita cuba bunuh diri

 

Beliau berkata, isteri lelaki itu turut bersama ketika kejadian.

 

“Lelaki itu juga mengalami masalah buah pinggang dan ada tiub di perutnya.

 

“Bagaimanapun tiada tindakan diambil berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam kejadian yang tular sejak semalam, seorang penduduk taman perumahan memaklumkan jirannya hampir dipukau selepas menyedari lelaki tua bertongkat masuk ke kawasan kediamannya.

See also  Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan

 

Sebelum kehadiran lelaki itu, jirannya menyedari sebuah Proton Iswara berwarna merah berlegar di kawasan itu pada jam 5.20 pagi.

 

Apa yang menjadi misteri ialah pagar rumah itu dikunci automatik dan timbul persoalan bagaimana lelaki terbabit boleh masuk ke perkarangan kediaman tanpa ada kesan kopak pada pagar.

 

Justeru penduduk meluahkan kebimbangan dan memaklumkan kejadian kepada polis.

 

Penduduk turut mendakwa kawasan kediaman mereka kerap terputus bekalan elektrik serta alat penggera tiba-tiba berbunyi pada jam 4 atau 5 pagi hampir setiap hari.

See also  VIDEO Avanza bawa syabu pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis

 

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 8:17pm

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Misteri lelaki tua bertongkat terjawab " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367102
Users Today : 2014
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11734
Users Last 30 days : 64081
Users This Month : 56120
Users This Year : 367101
Total Users : 367102
Views Today : 3020
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17916
Views Last 30 days : 99057
Views This Month : 86858
Views This Year : 565924
Total views : 565925
Who's Online : 10
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares