Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta

Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta

SHAH ALAM – Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendakwa gurauan seorang guru mengenai rogol memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta.

 

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, tuntutan tersebut difailkan oleh guru terbabit atas dakwaan fitnah gurauan berkenaan.

 

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

See also  Pukul pelajar sekolah kerana ‘vadai’, 5 ditahan polis

 

“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

See also  KES MASJID TAK BAGI ORANG LUAR KARIAH AMBIL BARANGAN DI GEROBOK REZEKI

 

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung jam 2 petang pada Rabu.

 

“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.

 

Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.

See also  Kisah pilu wanita lumpuh dipermainkan oleh pelanggan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ain Husniza terima notis tuntutan RM1 juta " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156124
Users Today : 914
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24519
Users Last 30 days : 79948
Users This Month : 49849
Users This Year : 156123
Total Users : 156124
Views Today : 1663
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37175
Views Last 30 days : 123217
Views This Month : 76494
Views This Year : 238884
Total views : 238885
Who's Online : 6
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares