Taliban tawan ibu kota Afghanistan

Taliban tawan ibu kota Afghanistan

Reuters

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

GLOBAL ????

Taliban telah memasuki ibu kota Afghanistan, Kabul pada Ahad (hari ini), menurut seorang pegawai kementerian dalam negeri, sementara Amerika Syarikat membawa keluar diplomatnya daripada kedutaan menaiki helikopter.

 

Pegawai kanan itu memberitahu Reuters bahawa Taliban masuk dari “semua arah” tetapi tidak memberikan perincian lanjut.

Bagaimanapun, tiada pertempuran dilaporkan.

 

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata dalam kenyataan bahawa kumpulan itu sedang dalam perbincangan dengan kerajaan untuk pengambilalihan Kabul secara aman.

 

Ia merupakan kemaran pantas oleh Taliban, yang 20 tahun lalu disingkirkan oleh Amerika Syarikat (AS) selepas serangan 11 September.

 

Keruntuhan pertahanan kerajaan Afghanistan mengejutkan diplomat – minggu lalu, perisikan AS menjangka Kabul boleh bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan.

See also  [Video]Berang ditegur, seluar dalam jadi pelitup muka

 

“Pejuang Taliban dalam keadaan bersedia di semua pintu masuk Kabul sehingga peralihan kuasa memuaskan dan aman dipersetujui,” menurut kenyataan jurucakap itu.

 

Menurut penduduk, jalan-jalan di Kabul dipenuhi kereta dan orang ramai bergegas sama ada untuk pulang ke rumah atau mahu ke lapangan terbang.

 

“Sesetengah orang tinggalkan kunci di dalam kereta dan mula berjalan ke lapangan terbang,” kata seorang penduduk kepada Reuters menerusi panggilan telefon.

“Orang ramai semua pulang ke rumah kerana takut (jika ada) pertempuran,” kata seorang lagi penduduk.

 

Semakin ramai pasukan ketenteraan AS dihantar untuk membantu mengeluarkan diplomat dari kedutaan di daerah Wazir Akbar Khan ke lapangan terbang menaiki helikopter, selepas Taliban berjaya menawan Kabul dalam masa beberapa hari.

See also  Rakaman Pemain bola kebangsaan antara warga Afghan maut jatuh dari pesawat –

 

Terdahulu pada Ahad, Taliban menawan Jalalabad di timur tanpa pertempuran, memberi mereka kawalan ke atas salah satu lebuh raya utama ke Afghanistan.

 

Mereka turut menawan Torkham di sekitar situ, iaitu pos sempadan dengan Pakistan. Ini menjadikan lapangan terbang Kabul satu-satunya jalan keluar daripada Afghanistan yang masih dalam kawalan kerajaan.

 

Sebelum Jalalabad, Taliban turut menawan Mazar-i-Sharif pada Sabtu, juga dengan hanya sedikit pertempuran.

 

Tiada pertempuran berlaku di Jalalabad kerana gabenor menyerah diri kepada Taliban. “Membenarkan Taliban masuk adalah satu-satunya cara menyelamatkan nyawa rakyat,” kata pegawai Afghanistan kepada di Jalalabad kepada Reuters.

See also  Sejarah tercipta! Wanita berdarah kacukan Malaysia-Vietnam bergelar Datuk Bandar termuda di California

 

Dalam satu kenyataan pada lewat Sabtu, Taliban berkata penaklukan pantasnya itu menunjukkan yang ia diterima oleh rakyat Afghanistan dan memberi jaminan warganegara dan warga asing bahawa mereka akan selamat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Taliban tawan ibu kota Afghanistan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1411
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36923
Views Last 30 days : 122965
Views This Month : 76242
Views This Year : 238632
Total views : 238633
Who's Online : 2
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares