Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki

Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di parkir rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (dbkl) di Setapak Jaya, di sini, ahad lalu.

 

Ketua polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial berkaitan kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di parkir sebuah rumah pangsa.

 

“Semakan dilakukan mendapati kejadian itu berlaku pada 22 ogos lalu kira-kira jam 7 pagi di parkir rumah pangsa DBKL di Setapak Jaya.

See also  Datuk dan 19 lelaki ditahan bergaduh di pub

 

“Dalam kejadian itu, suspek yang terdiri daripada enam lelaki dipercayai bersenjatakan ‘padlock’, topi keledar dan pisau memukul mangsa iaitu dua lelaki di lokasi berkenaan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Ashari berkata, kejadian terbabit dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan rakaman video itu kemudian tular di media sosial.

 

“Pihak polis sedang mengesan suspek yang masih bebas dan kes itu disiasat mengikut seksyen 148 kanun keseksaan.

 

See also  Warga Asing Sorok dalam bonet untuk rentas negeri

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Emilia Jamil di talian 016-2479017 atau pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan S Gopal di talian 012-5120242.

 

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi hotline polis kuala lumpur di talian 03-21159999, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis berhampiran, ” katanya.

 

Terdahulu, video pergaduhan sekumpulan lelaki itu tular di media sosial, hari ini.

Dalam rakaman video itu, kelihatan sekumpulan lelaki membelasah dua lelaki di lokasi berkenaan sebelum kesemua mereka dilihat beredar dari lokasi itu beberapa minit kemudian.

See also  {Video} 42 ditahan bergaduh di hadapan Plaza Low Yat
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakaman gaduh: polis kesan enam lelaki " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378307
Users Today : 1902
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16446
Users Last 30 days : 61697
Users This Month : 5311
Users This Year : 378306
Total Users : 378307
Views Today : 2609
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24486
Views Last 30 days : 94738
Views This Month : 7774
Views This Year : 582468
Total views : 582469
Who's Online : 9
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares