Penggunaan katil ICU Covid-19 di Negeri Sembilan kurang 50 peratus

Penggunaan katil ICU Covid-19 di Negeri Sembilan kurang 50 peratus

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seremban: Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di negeri ini terus mencatatkan penurunan ke tahap 45 peratus berbanding 77 peratus pada 19 Ogos lalu.

 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar negeri, S Veerapan berkata, situasi itu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan selepas Negeri Sembilan beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula kelmarin.

 

“Situasi ini menunjukkan katil di ICU hospital awam di negeri ini mempunyai banyak kekosongan, malahan katil bukan ICU juga dalam keadaan terkawal apabila penggunaannya hanya sekitar 32 peratus setakat ini.

See also  Polis siasat video sekumpulan individu makan durian

 

“Secara puratanya ia sudah menunjukkan pengurangan yang banyak berbanding sebelum ini mencecah sehingga 150 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, jika ada keperluan pihaknya akan melihat terlebih dulu untuk membantu di kawasan atau negeri lain yang memerlukan.

 

“Kita akan lihat dulu dari segi keperluan tenaga dan kemudahan untuk Negeri Sembilan dan jika ada keperluan untuk membantu negeri atau kawasan lain, sudah tentu akan pertimbangkan selepas mengambil kira dari segala aspek,” katanya.

See also  Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM

 

Veerapan berkata, perkembangan baik ini adalah hasil pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang terus berjalan lancar dan berkesan.

 

Menurutnya, setakat ini kadar suntikan vaksin dalam kalangan rakyat negeri ini berusia 18 tahun ke atas sudah mencecah seramai 762,161 orang atau 93.6 peratus bagi dos pertama, manakala 76.4 peratus atau 622,081 orang pula yang sudah lengkap dua dos.

 

“Purata dari segi jumlah vaksinasi berdasarkan populasi ia sudah mencapai 55.1 peratus.

See also  Info Covid-19  Kes positif dan Kluster baru serta kematian pada 13 Ogos 2021

 

“Manakala pendaftaran vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera sudah mencecah 100 peratus atau 841,845 orang setakat ini,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penggunaan katil ICU Covid-19 di Negeri Sembilan kurang 50 peratus " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156040
Users Today : 830
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24435
Users Last 30 days : 79864
Users This Month : 49765
Users This Year : 156039
Total Users : 156040
Views Today : 1426
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36938
Views Last 30 days : 122980
Views This Month : 76257
Views This Year : 238647
Total views : 238648
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares