Nombor mikrocip tak sama, kucing British Short Hair ditahan Maqis

Nombor mikrocip tak sama, kucing British Short Hair ditahan Maqis

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor kucing baka British Short Hair yang diimport dari Rusia selepas mengesan kesalahan nombor mikrocip pada haiwan itu ketika pemeriksaan di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Maqis Selangor dalam satu kenyataan berkata, kesalahan itu dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen Sijil Kesihatan dan fizikal haiwan tersebut pada jam 3 petang.

See also  {Video} Motorsikal Shahrul hanya ada makanan dan bekalan ubat untuk kucing

 

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang terdapat pada badan kucing tersebut tidak sama dengan dokumen pada Sijil Kesihatan yang diisytiharkan.

 

Kucing baka British Short Hair ditahan di KLIA pada Ahad selepas mikrocip pada badan haiwan berkenaan tidak sama dengan dokumen pada Sijil Kesihatan yang diisytiharkan.

 

“Haiwan tersebut telah ditahan dan dikuarantin untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu pada Selasa.

See also  Akibat Penafsiran sempit Kelastarian alam hanya sekadar menanam pokok semata

 

Menurut kenyataan itu, kesalahan mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.

See also  Punca Kekurangan sumber makanan menyebabkan gajah menceroboh perkampungan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nombor mikrocip tak sama, kucing British Short Hair ditahan Maqis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363657
Users Today : 276
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10552
Users Last 30 days : 66007
Users This Month : 52675
Users This Year : 363656
Total Users : 363657
Views Today : 362
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16288
Views Last 30 days : 101828
Views This Month : 81627
Views This Year : 560693
Total views : 560694
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares