Tangkapan kerana mengganggu orang awam di PPV UniSham Baling
membuat kacau dengan memandu kereta secara melulu dan membuat aksi drift di dalam kawasan parking PPV

TANGKAPAN 2(L) INDIA TERBABIT GADUH GEMPAR DAN UGUTAN JENAYAH DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN( PPV) UNISHAM, BALING
Kejadian berlaku pada 7hb Sept. 2021 jam lebih kurang 11.45 pagi di PPV Unishams, apabila 2(L) India dipercayai mabuk dan membuat kacau dengan memandu kereta secara melulu dan membuat aksi drift di dalam kawasan parking PPV sehingga mengganggu dan membahayakan orang ramai yang menunggu untuk menerima vaksin.
2. Tindakan tersebut menyebabkan berlakunya berlakunya pergelutan mereka dgn org awam yang hadir untuk menerima suntikan vaksin. Salah seorang daripada saspek telah mengeluarkan kayu golf serta membuat ugutan jenayah kepada 1(L) Melayu yang terlibat meleraikan pergaduhan.
3. Tangkapan 2(L) India tersebut telah dibuat oleh anggota polis yang berada di tempat kejadian.
4.Siasatan dijalankan dibawah Sek. 506KK (ugutan jenayah) , 6(1)ABKDSB (menggunakan senjata berbahaya) dan Sek 160KK (gaduh gempar) .
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO Tangkapan kerana mengganggu orang awam di PPV UniSham Baling " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.