Pasang Go-Pro pada wau, hasil rakaman sangat menakjubkan

Pasang Go-Pro pada wau, hasil rakaman sungguh menakjubkan… macam guna dron! – “Saya serba salah, ramai rindu kampung”

SEBUT sahaja mengenai wau atau layang-layang, pasti ramai dalam kalangan kita sudah lama tidak bermain permainan tradisional itu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Di aplikasi TikTok, perkongsian video Nur Farhain Sazali, 31, menunjukkan aktiviti dia bermain wau bersama ahli keluarganya ternyata mencuri perhatian ramai.

 

Lebih unik, bapa saudaranya, Norhashim Kamisan, 37, turut melekatkan sebuah kamera aksi Go-Pro pada wau untuk membuat rakaman suasana kampung dari dari pandangan udara, persis hasil rakaman dron.

Ain mengakui aktiviti itu merupakan tradisi keluarganya di Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor, sejak turun-temurun lagi.

 

“Aktiviti bermain wau merupakan aktiviti turun temurun keluarga kami. Waktu saya kecil dulu, arwah atuk yang main wau.

See also  Leher polis cedera akibat tali layang-layang

 

“Sekarang, sepupu-sepupu dan pakcik saya akan main wau pada waktu petang. Nak dijadikan cerita, pakcik saya dapat idea untuk pasang Go-Pro pada wau ketika 31 Ogos baru-baru ini.

“Dia merupakan adik bongsu emak saya. Tak tahu macam mana dia dapat idea. Tapi hasilnya macam video dron, nampak lawa dari atas. Nampak jalan dan pokok penuh kehijauan. Memang seronok dapat tengok kampung sendiri dari pandangan yang berbeza,” ujarnya.

 

Hasil rakaman Go-Pro pada wau tersebut.

 

Menurut Ain yang bekerja di bahagian kewangan dengan sebuah syarikat pertanian, dia memuat naik video itu pada 1 September lalu dan tak menyangka ia tular sehingga meraih lebih 170,000 tontonan.

 

Selain TikTok miliknya, video itu turut dikongsi menerusi saluran YouTube milik bapa saudaranya.

See also  Video©Gempar helang diterbangkan layang- layang

 

Alang-alang berkumpul, kami main wau sama-sama.

 

 

“Sebelum ini, view di TikTok saya ‘sendu’, jadi saya terkejut video wau itu dapat sambutan. Saya tengok tiba-tiba dah viral.

 

“Saya post di TikTok, pakcik pula post di YouTube miliknya. Ramai yang komen nak tengok hasil rakaman.

 

“Mereka kata, terubat rindu nak tengok kampung halaman. Ada juga yang kata mereka rindu sebab dah lama tak balik kampung. Saya pun rasa serba salah,” ujarnya berseloroh.

 

Bercerita mengenai keluarganya, Ain mendedahkan sudah menjadi tradisi untuk mereka berkumpul beramai-ramai pada tarikh 31 Ogos saban tahun.

 

Video dikongsi Ain tular di TikTok.

 

Namun katanya, kekangan pandemik menyebabkan hanya keluarga yang tinggal berdekatan sahaja dapat hadir pada hari rakaman Go-Pro itu dibuat baru-baru ini.

See also  Video©Permainan wau atau layang layang terapi meredakan tekanan.

 

“Selalunya sebelum pandemik, 31 Ogos jadi tarikh rasmi kumpul di rumah nenek. Kali ini, hanya adik beradik berdekatan saja yang ada.

 

“Pakcik makcik di luar daerah dan negeri tak dapat balik. Alang-alang berkumpul, kami main wau sama-sama,” ujarnya lagi.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pasang Go-Pro pada wau, hasil rakaman sangat menakjubkan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156771
Users Today : 612
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23426
Users Last 30 days : 78857
Users This Month : 50496
Users This Year : 156770
Total Users : 156771
Views Today : 1153
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35566
Views Last 30 days : 121503
Views This Month : 77704
Views This Year : 240094
Total views : 240095
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares