Tedung selar tumpang ‘sejukkan’ badan dalam mangkuk tandas

Tedung selar tumpang ‘sejukkan’ badan dalam mangkuk tandas

Yasmin Abdul Latif

September 10, 2021 11:10 PM

PETALING JAYA: Sebuah keluarga di Perlis berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular tedung selar dalam mangkuk tandas rumah mereka.

 

Menerusi video di TikTok, seorang penangkap ular dikenali, Muhammad Hafiz Alias berkongsi rakaman dia menangkap ular berbisa itu.

 

Hafiz, 30, yang dikenali sebagai “Raja Ular Perlis” berkata, keluarga berkenaan menghubunginya untuk meminta pertolongan menangkap ular itu.

 

“Video dalam TikTok saya itu bukan berlaku di rumah saya, ada penduduk di sekitar ini minta tolong saya tangkap ular tedung itu.

See also  Dedikasi dua jam sehari berbakti pada 100 kucing jalanan

 

“Saya diberitahu mereka nampak ekor ular dalam mangkuk tandas, ular ini kalau ia panas memang kawasan sejuk seperti tandas jadi tempat sejukkan diri,” katanya kepada FMT.

 

Hafiz yang sudah lama terlibat dalam aktiviti menangkap ular memaklumkan, penduduk di Perlis terutama di sekitar tempat tinggalnya sering mendapatkan khidmatnya.

 

Katanya, kerja itu dilakukannya secara suka rela tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa saja yang meminta pertolongan.

 

“Saya buat kerja ini seikhlas hati, tidak letak harga, cuma ikutlah bayaran seikhlas hati daripada orang yang minta bantuan saya,” katanya.

See also  Broker wanita pukul bunuh kucing direman 4 hari

 

Pernah bekerja di Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Perlis, Hafiz berkata sehingga kini ratusan ular daripada pelbagai spesies berjaya ditangkap, malah bomba juga pernah mendapatkan perkhidmatannya.

 

Hafiz yang kini menjadi pemandu van jenazah korban Covid-19 turut berkongsi, pernah diserang reptilia itu pada bahagian atas lutut kirinya.

 

Kejadian itu mengakibatkannya koma, namun ia tidak mematahkan semangat untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat.

 

“Saya buat kerja kerana Tuhan, memang kerja tangkap ular ini berisiko tetapi saya tawakal saja pada Tuhan sebab niat nak tolong orang,” katanya.

See also  [video] Ayam jantan berkokok ketika melihat kehadiran Malaikat

 

Menjengah ke ruangan Facebooknya, sekitar Mac lalu Hafiz juga pernah mendapat pengiktirafan daripada Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas sumbangannya membantu masyarakat.

 

#FMT

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tedung selar tumpang ‘sejukkan’ badan dalam mangkuk tandas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156045
Users Today : 835
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24440
Users Last 30 days : 79869
Users This Month : 49770
Users This Year : 156044
Total Users : 156045
Views Today : 1446
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36958
Views Last 30 days : 123000
Views This Month : 76277
Views This Year : 238667
Total views : 238668
Who's Online : 1
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares