Pemandu syarikat kurier maut, lori terbakar

Pemandu syarikat kurier maut, lori terbakar

 

Mangsa seorang pemandu syarikat kurier maninggal dunia di tempat kejadian.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu syarikat perkhidmatan menghantar barang maut selepas kenderaan dipandunya terbakar akibat terlibat dalam kemalangan di Jalan Tasik Utara, Larkin, di sini, hari ini.

 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi dan seramai 10 anggota dengan kekuatan satu jentera telah digegaskan ke lokasi kejadian.

See also  {Video} Jambatan Kampung roboh angkara lori tipper

 

Kemalangan itu, jelasnya, melibatkan sebuah lori lima tan yang dipandu mangsa lelaki berusia 23 tahun.

 

Difahamkan, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak kon jalan sebelum merempuh sebatang pokok.

See also  VIDEO Pemandu cuba potong kereta bertembung sebuah lori

 

“Kemalangan itu mengakibatkan lori mulai terbakar, dan mangsa tidak dapat keluar kerana tersepit, orang awam cuba mengeluarkan mangsa namun api terlalu marak,” katanya dalam kenyataan.

 

Mohd Suhaimi berkata, pasukan penyelamat bertindak menggunakan satu aliran bantu mula bagi memadamkan kebakaran.

 

“Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan sebanyak 70 peratus dan anggaran kerugian masih lagi didalam siasatan.

 

See also  Pesawat Usang Hawk 108 terhempas dalam latihan seorang mati

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu syarikat kurier maut, lori terbakar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

145873
Users Today : 2322
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21179
Users Last 30 days : 77271
Users This Month : 39598
Users This Year : 145872
Total Users : 145873
Views Today : 3198
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32255
Views Last 30 days : 118471
Views This Month : 60385
Views This Year : 222775
Total views : 222776
Who's Online : 45
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares