Tidak nampak jalan keluar

‘Tidak nampak jalan keluar…’

 

Kluang, Johor: Pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui dalam keadaan lemah terbaring di tepi jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos, Renggam di sini, 11.30 malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, dia bersyukur kerana anak saudaranya itu, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, selamat.

 

Lelaki itu dijumpai oleh bapanya sendiri, Pairon Baharudin 56, yang melalui jalan berkenaan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, di sebuah ladang di sini.

 

“Adik saya dan keluarga termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan motosikal menuju ke lokasi anak mereka hilang dan setibanya di jalan berkenaan yang bersebelahan rel kereta api, dia terlihat kelibat seseorang di tepi jalan.

See also  Pengecualian perbaharui LKM, CDL 1 Februari hingga 31 Mac

 

“Hatinya terdetik untuk berpatah balik dan memang betul anaknya sedang terbaring dan apabila ditanya apa yang berlaku, Muhammad Shahrizuan terpinga-pinga dan mengatakan sepanjang dia hilang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

 

“Dia turut mengingati pada waktu kejadian kelmarin ada sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar dan dia mengejarnya tetapi sampai di satu simpang, lori berkenaan hilang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya semula, tetapi tidak nampak jalan keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

See also  {{VIDEO}}Baru keluar penjara, buat hal lagi

 

Adanan berkata, apa yang menghairankan keluarga, sepanjang kehilangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikalnya, masih berbaki.

 

“Ketika ditemui, perkataan yang terpacul daripada mulut Shahrizuan dia kelaparan dan mahu berehat,” katanya yang turut berterima kasih dengan semua pihak yang membantu misi mencari dan menyelamat anak saudaranya itu.

 

Terdahulu, media melaporkan pengawal keselamatan yang terserempak dengan kecurian tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Layang-Layang, di sini, gagal dikesan sejurus kejadian, kelmarin.

See also  PKPB disambung?

 

Adanan berkata, Muhammad Shahrizuan sebelum itu melaporkan kejadian menerusi Whatsapp kumpulan kerjanya, pada 7.22 malam.

 

Menurutnya, dia dimaklumkan dua rakan sekerja Shahrizuan yang bergegas ke lokasi mendapati pagar dirosakkan, namun palang pagar dalam keadaan bertutup.

 

Sumber: Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tidak nampak jalan keluar " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156755
Users Today : 596
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23410
Users Last 30 days : 78841
Users This Month : 50480
Users This Year : 156754
Total Users : 156755
Views Today : 1091
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35504
Views Last 30 days : 121441
Views This Month : 77642
Views This Year : 240032
Total views : 240033
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares