Video✓✓Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri

Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KEJADIAN seorang penghantar makanan dilanggar sebuah kereta di Jalan Ampang-Tambun, Ipoh semalam. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Oleh ASLIZA MUSA

10 Oktober 2021, 2:55 pm

 

IPOH: Pemandu kereta yang dipercayai melanggar lari penghantar makanan di Jalan Ampang-Tambun di sini semalam, telah tampil menyerah diri.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 48 tahun itu membuat laporan polis berkaitan kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

See also  Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

 

“Kejadian pada pukul 9 pagi di hadapan Balai Polis Tambun itu berlaku apabila pemandu kereta tersebut mengubah haluan dari kanan ke kiri jalan sebelum menghimpit dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa.

 

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 34 tahun jatuh di atas jalan manakala pemandu kereta pula terus melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

See also  Tular rakaman Lelaki cedera dipukul penghantar makanan, 5 ditahan

 

Menurut Mior Farid, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian lutut dan siku.

 

Katanya, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

 

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa memandu lebih-lebih lagi ketika peningkatan kenderaan di atas jalan berikutan kelonggaran perjalanan oleh orang ramai,” katanya.

Video tular berdurasi 52 saat itu memaparkan seorang penghantar makanan terjatuh di atas jalan setelah dihimpit sebuah kereta sebelum kenderaan itu dilihat beredar dari lokasi kejadian. – UTUSAN

See also  Siapa kenal kanak-kanak ini?
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371966
Users Today : 581
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15278
Users Last 30 days : 64401
Users This Month : 60984
Users This Year : 371965
Total Users : 371966
Views Today : 882
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22908
Views Last 30 days : 99234
Views This Month : 94020
Views This Year : 573086
Total views : 573087
Who's Online : 11
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares