Pesan Makanan COD menjerat ramai Raider
Manusia sikap macam macam. Kemudahan COD yang ditawarkan oleh penghantar makanan sepatutnya disyukuri oleh pelanggan. Dengan kemudahan ini pelanggan hanya perlu membayar setelah makanan dihantar ke destinasi.

Aoa yang sering berlaku ialah perbuatan menipu Raider. Makanan yang dipesan kemudian nya tidak mahu menerima ketika penyerahan hendak dilakukan.
Antara cara menipu
1. Meminta makanan diletakkan di meja lobi lif. Bayaran akan dibuat sekejap lagi
2. Tidak menjawab panggilan dari Raider untuk penyerahan makanan.
3. Sengaja Memberi alamat yang tidak betul. Ini menyebabkan penerima menolak penyerahan pesanan.

Terbaru kejadian di Apartment Seri Abadi Bayan Lepas. Peliknya pelanggan tidak mahu keluar mengambil pesanan. Ini sudah tentu menyukarkan proses pembayaran tunai seperti dipinta.
Akhir Raider yang menyedari pelanggan yang sama telah banyak kali buat perangai menipu pesanan, telah memohon bantuan Polis.
Mengetahui kehadiran Polis barulah pelanggan tadi keluar dan membuat bayaran. Sampai begini sekali liatnya nak buat bayaran.
Nasihat kepada Raider mesti tegas . Tiada bayaran tidak ada Penghantaran. Itu sahaja cara yang lebih selamat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pesan Makanan COD menjerat ramai Raider " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.