[VIDEO] Gara gara menolak vaksin Covid-19 seorang guru diasingkan di stor pekerja am sekolah.
Tekanan mula dikenakan keatas guru yang menolak vaksin Covid-19 sedangkan vaksin bukan paksaan.

Agak pelik keadaan ini, tindakan pihak sekolah mengarahkan guru berkenaan diasingkan ditempat yang sebegitu dirasakan sangat keterlaluan dan ada unsur-unsur penderaan psikologi.
Suasana stor yang panas tidak menunjukkan kesesuaian untuk guru menjalankan tugasnya.
Pengurusan mungkin telah ditekan oleh pejabat atasan supaya mengenakan tekanan sedemikian rupa tanpa mengambil kira alasan yang dikemukakan oleh guru berkenaan.
Dari Video tersebut dijelaskan bahawa guru berkenaan menolak vaksin Covid-19 kerana badannya ada alahan terhadap ubat ubatan sintetik.
Netizen menyuarakan pelbagai reaksi berkenaan tekanan melampau seolah-olah sudah tidak menghiraukan hak asasi manusia pula.
Dari satu lagi perkongsian video, menunjukkan ada kalangan guru menolak vaksin ditempatkan di kawasan tandas sekolah.
Amat menyedihkan anak anak murid tengok guru guru mereka dihina sedemikian rupa.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [VIDEO] Gara gara menolak vaksin Covid-19 seorang guru diasingkan di stor pekerja am sekolah. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.