Video bot karam semasa misi bantuan makanan ke perkampungan orang asli Kuala Tahan

Tiga anggota APM Kuala tahan telah diamanahkan JAKOA Jerantut untuk menjalankan misi penghantaran makanan kepada penduduk Kg Orang Asli Aur yang terjejas akibat banjir.
Perjalanan melalui kawasan berisiko dengan jeram air kelajuan yang tinggi.
Penghantaran ini menggunakan bot persendirian yang dikendalikan oleh pemandu yang mahir selok-belok kawasan berkenaan.
Apabila sampai di kawasannya jeram panjang sekitar pukul 11 pagi berlaku ombak besar menghentam bot menyebabkan bot terbalik dan karam bagaimanapun anggota APM terselamat dan tiada kecederaan yang dialami semua anggota misi termasuk jurupandu bot.
Keberanian anggota APM sanggup mengharungi laluan sangat berisiko amat disanjung tinggi.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video bot karam misi bantuan makanan ke Kuala Tahan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.