Kemusnahan kawasan hutan mencetuskan konflik serius kehidupan haiwan liar dan manusia.

Konflik manusia dengan haiwan liar semakin parah dengan berlakunya serangan maut keatas orang asli Temiar Gua Musang pada 7/1/2022

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Baru bermula minggu pertama tahun 2022 telah berlaku tiga insiden konflik agak kritikal melibatkan haiwan liar dengan masyarakat orang asli di tiga negeri berbeza.

 

Insiden yang baru terjadi pada awal pagi seorang orang asli dari suku temiar maut dibaham oleh seekor harimau belang semasa dia sedang menoreh getah.

 

Kejadian menyayat hati itu menimpa warga emas Anek Along 59 tahun berlaku di kawasan kebun getah berhampiran rumahnya.

See also  Gajah Liar Ladang Projek Pertanian Moden Kluang

 

Beliau ialah penduduk kampung Sau Pos Bihai Gua Musang Kelantan.

Pada kebiasaannya harimau menyerang manusia sekiranya mengalami kecederaan akibat jerat, tidak selesa kerana  menghidap penyakit serta melindungi anak yang baru dilahirkan.

Harimau belang yang menyerang itu bagaimanapun telah ditembak mati oleh PERHILITAN pada tengahari pada hari yang sama.

 

Dua kes sebelum ini tidak melibatkan kematian tetapi membimbangkan juga.

Pada 3/1/2022 satu kejadian sekumpulan gajah menyerang perkampungan suku batik kampung Yong Jerantut Pahang dan telah menyebabkan kemusnahan dua buah rumah.

Satu ancaman harimau kumbang telah dilaporkan berlaku di Kg Kenang Baru Jalong Tinggi Sg Siput Perak pada 24 Disember 2021. Harimau berkenaan telah berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan kawalan di Sungkai Perak.

See also  RAKAMAN Datuk Dera anjing hanya kerana tidak patuh arahan

Lagi seekor harimau kumbang yang cedera di kaki akibat terkena jerat telah menyerang seorang remaja orang asli di kg Lasah Sg Siput Perak pada 8 Disember 2021 telah ditembak mati. Mangsa mengalami kecederaan di kepala yang agak serius.

 

Kejadian banjir di Melaka pula seekor buaya ditemui terperangkap di dalam longkang dan di Kuantan pula menyaksikan tapir tersesat masuk ke kawasan perumahan.

See also  Ular sawa ‘melingkar’ di bahu kanak-kanak dua tahun

Akibat daripada penebangan hutan berleluasa telah menyebabkan pengurangan saiz habitat haiwan berkenaan sehingga menyebabkan berlaku konflik serius terhadap komuniti orang asli.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kemusnahan kawasan hutan mencetuskan konflik serius kehidupan haiwan liar dan manusia. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156037
Users Today : 827
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24432
Users Last 30 days : 79861
Users This Month : 49762
Users This Year : 156036
Total Users : 156037
Views Today : 1416
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36928
Views Last 30 days : 122970
Views This Month : 76247
Views This Year : 238637
Total views : 238638
Who's Online : 4
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares