16/1/2021
Kuala Lumpur: “Saya tergamam apabila menerima panggilan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.

Itulah luahan Gadis berusia 22 tahun itu memberitahu Perdana Menteri ingin bercakap sendiri dengannya berkaitan masalah yang dihadapinya sebagaimana tular dalam media semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob benar benar mempamerkan semangat KELUARGA MALAYSIA dengan respon segera keatas permasalahan rakyat.
Dalam kesempatan perbincangan melalui telefon itu, Perdana Menteri mengambil peluang bertanya berkenaan perjalanan kisah hidupnya selama ini.
Perdana Menteri juga bertanya khabar ibu angkatnya Chee Hoi Lan.
Perbincangan lebih kurang 6 minit itu membawa kepada usaha Perdana Menteri menyelesaikan masalah proses
Kewarganegaraan dan Pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan mendapatkan maklumat terperinci dari ibu angkatnya Chee Hoi Lan
Kisah rintihan Rohana Abdullah dan Ibu angkatnya amat menyentuh perasaan dan sambutan maklum balas dari netizen yang rata-rata mengharapkan masalah ini segera diselesaikan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video-kemaskini]Cik Rohana tergamam terima panggilan PM Keluarga Malaysia " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.