Membetulkan persepsi pemakanan sihat menyembuhkan penyakit kronik sekelip mata

Membetulkan persepsi pemakanan sihat menyembuhkan penyakit kronik sekelip mata

 

Mutakhir ini seramai 3.9 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun keatas telah disahkan mengidap diabetes. Ianya merupakan 10% dari jumlah penduduk semasa.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Secara bandingan Malaysia berada ditangga No.1 di asia paling berpenyakit kronik ini.

 

Kesannya ekonomi dan kekuatan Negara dalam pencapaian sektor pertanian, teknologi, sukan khususnya semakin melemah kerana ramai rakyat tidak sihat.

 

Jika langkah pemulihan penyakit kronik tidak diusahakan secara agresif tidak mustahil negara akan memiliki lebih ramai rakyat berpenyakit.

See also  Hospital Selayang pula sedia kontena khas mayat pesakit Covid-19

 

Apabila disahkan mengidap darah tinggi atau diabetes, maka fokus pasti kepada mengambil ubat-ubatan di klinik dan mengamalkan pemakanan sihat.

 

Pengambilan ubat-ubatan hospital sebenarnya bertujuan meredakan darah tinggi dan diabetes dan perlu diambil secara harian untuk tempoh hayat. Ianya bukan penyelesaian untuk kesembuhan.

 

Jika lalai mengambil ubat-ubatan berkenaan, kesan darah tinggi dan diabetes pasti semakin memburuk.

 

Kaedah penyembuhan mesti diamalkan melalui diet yang tegas disamping pengambilan ubat-ubatan dari hospital.

See also  Makanan berkhasiat yang membantu pemulihan pos-Covid19

 

Malah banyak kes darah tinggi dan diabetes serta obesiti telah berjaya dipulihkan melalui tiga amalan pemakanan tersusun mengikut prinsip tanpa gula, air mencukupi, tanpa makanan siap proses.

 

Ramai juga yang gagal dalam memulihkan penyakit kronik melalui kaedah pemakanan tersusun kerana mengguna pakai persepsi yang salah.

 

Amalan pemakanan tersusun ini memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk dapat merasakan kesan penurunan tahap gula, penurunan tekanan darah mahu pun penurunan berat badan.

See also  Mengejutkan 80% orang dewasa kekurangan Magnesium dalam badan.

 

Kehendak naluri untuk melihat kesan sekelip mata menjadikan amalan pemakanan tersusun menggagalkan peluang untuk pulih dari penyakit kronik.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Membetulkan persepsi pemakanan sihat menyembuhkan penyakit kronik sekelip mata " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156035
Users Today : 825
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24430
Users Last 30 days : 79859
Users This Month : 49760
Users This Year : 156034
Total Users : 156035
Views Today : 1409
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36921
Views Last 30 days : 122963
Views This Month : 76240
Views This Year : 238630
Total views : 238631
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares