Pelayaran Titanic yang penuh keseronokan akhirnya bertukar menjadi malapetaka yang sukar dilupakan oleh August Abraham Johannes.
August Abraham Johannes menceritakan kedengaran letupan besar sebelum Titanic tenggelam dalam tragedi pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik Utara.

Ketika menaiki di atas Titanic ketika itu, August Abrahamsson berusia 19 tahun yang mana merupakan penumpang kelas ketiga. August mengikuti pelayaran tersebut bersama ibu bapanya dan dua adik beradik lain.
Pada malam kemalangan, August lambat keluar daripada biliknya kerana percaya bahawa kapal tersebut tidak mengalami sebarang masalah. Dan disebabkan terlalu lama menunggu untuk meninggalkan biliknya, dia tidak mendapat jaket keselamatan.
Ketika August menaiki ke dek paling atas, dia menuju ke bahagian hadapan kapal untuk mencari sekiranya ada bot keselamatan di situ.
Disebabkan umurnya, August tidak dibenarkan menaiki bot penyelamat.
Namun, dia akhirnya berjaya menaiki bot penyelamat terakhir yang meninggalkan kapal Titanic.
Jika dia tidak berjaya, kemungkinan besar August akan terbunuh kerana terpaksa terjun ke dalam lautan yang tersangat sejuk tanpa jaket keselamatan.
Ketika meninggalkan kapal, August memberitahu bahawa dia terdengar letupan yang besar dan melihat kapal mewah tersebut tenggelam.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Abraham Johannes menceritakan satu letupan besar kedengaran dari kapal Titanic " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.