Pesakit Diabetes boleh Makan Nasi asalkan indek gula rendah

Pesakit Diabetes boleh Makan Nasi asalkan indek gula rendah

 

 

Pesakit diabetes pasti risau untuk makan nasi putih. Alasannya kerana nasi putih mempunyai kandungan gula yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan pesakit diabetes.

 

Sebenarnya pesakit diabetes masih boleh makan nasi putih jika tahu aturan yang betul.

 

Ini akui oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi dalam penulisan di facebooknya.

 

Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

See also  Andropaus fenomena lelaki berusia

 

 

NASI DAN DIABETES – APA YANG ANDA PERLU TAHU?

 

1. Nasi kukus

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.

 

GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.

 

2. Makan nasi keras

Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.

 

3. Makan nasi sejuk

Nasi sejuk yang disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas. Nasi kemudian boleh dikukus semula untuk hidangan.

See also  Stres telah dikenalpasti punca kepada penyakit kronik 

 

4. Nasi dengan kacang bendi

Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

 

5. Nasi goreng

Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.

 

Elakkan nasi berikut:

1. Makan nasi dari beras hancur

Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).

See also  Siri-1 : Menyembuhkan penyakit kronik melalui kaedah puasa air

 

2. Elak makan bubur

Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi putih biasa.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pesakit Diabetes boleh Makan Nasi asalkan indek gula rendah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133154
Users Today : 1549
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20466
Users Last 30 days : 69169
Users This Month : 26879
Users This Year : 133153
Total Users : 133154
Views Today : 2450
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31793
Views Last 30 days : 108135
Views This Month : 41769
Views This Year : 204159
Total views : 204160
Who's Online : 3
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares