Pejam celik perang jihad kita menangani masalah penagihan dadah telah pun merentasi tempoh puluhan tahun dengan kes penagihan terus meroket.

Penagihan dadah memang merupakan ancaman besar kepada keselamatan negara juga.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan penagihan dadah sebagai satu penyakit mental kronik yang mudah berulang dan akan berpanjangan.


Kegagalan kita menangani masalah dadah bukan kerana ketidak berkesanan agensi tetapi kerana kaedah merawat yang tidak berkesan.
Cara kita merawat ialah mengutamakan hukuman jelas tidak membawa kepada pengurangan kes.
Fokus merawat sepatutnya kepada akar kepada masalah bukan keatas kesan atau simptom.
Penagihan dadah berkait rapat dengan penyakit anxiety. Anxiety jika tidak dirawat secara profesional akan membawa kepada pelbagai komplikasi mental dahsyat seperti kemurungan dan penyalahgunaan dadah.
Tekanan anxiety kerisauan boleh berlaku seawal usia 9 tahun dan akan menjadi kronik dalam tempoh 1 hingga 2 tahun sahaja.
Puncanya pemakanan yang merosakkan iaitu pengambilan gula, gluten, lemak trans secara berlebih-lebihan sejak usia awal kanak-kanak. Usus manusia tidak dapat menangani lambakkan begitu banyak bahan gula, gluten dan lemak trans menyebabkan gangguan keatas penjanaan hormon hormon ketenangan badan seperti, kortisol, melatonin, serotonin dan dopamin.
Hormon-hormon ini 80% dijana dalam usus dan gangguan penjanaannya menyebabkan otak memberi isyarat kepada hormon kortisol. Hormon kortisol bertanggungjawab kepada perasaan risau, kemurungan dan ketagihan.
Kesannya berlaku pengeluaran hormon kortisol berterusan menyebabkan seseorang bertindak mengambil dadah sebagai usaha mendapat ketenangan.
Rawatan kepada anxiety bukanlah dengan memberi ubat penenang maka akan selesai masalah. Malah penggunaan ubat penenang yang berterusan mendatangkan kesan buruk seperti ketagihan dadah.
Kembali kepada kaedah perubatan pemakanan , susun kembali rawatan pemakanan untuk penagih dadah untuk kembali memulihkan keadaan semakin meruncing.
Ibubapa mesti diwajibkan menjalani kursus pemantapan pemakanan supaya mereka menyediakan pemakanan sihat untuk anak anak.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Penagihan Dadah terus meroket perlu fokus rawatan wabak anxiety secara profesional " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.