Penyakit kronik meningkat begitu mendadak tahun kebelakangan ini. Pesakit Diabetes sahaja dianggarkan mencecah 4 juta orang terdiri dari berusia 18 tahun keatas.

Penyakit keradangan khususnya seperti Diabetis, romatoid atritis, anxiety, gerd, ghout, jantung, buah pinggang dan kanser telah dikenal pasti berpunca dari amalan pemakanan yang merosakkan diri.
Faktor kesedaran rendah kalangan ibubapa menyediakan pemakanan sihat untuk anak anak antara punca kenaikan meroket penyakit bukan dari virus ini.
Sudah tiba masanya untuk melaksanakan rejim kawalan pemakanan yang berkesan demi menangani permasalahan kronik ini. Perbelanjaan kerajaan merawat rakyat berpenyakit kronik juga meroket kepada puluhan billion setiap tahun.
Rejim kawalan pemakanan seperti
1. Agensi khas galakan dan penarafan keatas penyedia pemakanan supaya mematuhi protokol makanan tanpa gula, gluten dan lemak tepu.
2. Galakan potongan cukai keatas pengeluar bahan bahan perasa pemakanan berasaskan organik.
3. Agensi penerangan memperhebatkan penyebaran maklumat pentingnya pemakanan tanpa gula, gluten dan lemak tepu serta perasa makanan bukan organik.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Penyakit kronik meroket apa tindakan kita? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.