Ipoh: Insiden salah faham sekumpulan lelaki di perkarangan pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh berjaya ditenteramkan dengan penahanan 3 lelaki masing-masing berusia 18, 20 dan 21 tahun.

Dalam satu lagi insiden Polis juga memberkas seorang lagi lelaki berusia 24 tahun di pekarangan tempat letak kereta awam berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Kesemua yang ditahan didapati positif dadah ganja.
Berdasarkan siasatan Polis, suspek berusia 18 dan 20 tahun itu adalah rakan, manakala suspek berusia 24 dan 21 tahun tidak mengenali satu sama lain.
Kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham isu percintaan antara dua keluarga.
Pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki tempatan menghantar rakan mereka yang cedera ke hospital itu dengan pengawal keselamatan.
3 lelaki cedera dalam insiden yang melibatkan senjata tajam.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] 3 cedera dan 3 ditahan pergaduhan di perkarangan Hospital Ipoh " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.