Berdegup laju tak semestinya sakit jantung

Kadang kala berlaku rasa penat, berpeluh dan jantung berdegup dengan lebih laju, pasti kita akan terfikir sesuatu tidak kena sedang berlaku termasuk berkaitan penyakit jantung.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Benar, salah satu tanda penyakit jantung adalah organ itu berdegup dengan lebih cepat tetapi perlu diingat, penyebabnya boleh disebabkan perkara lain.

 

Degupan jantung normal bagi orang dewasa di antara 60-100 kali setiap minit. Bagi degupan jantung yang lebih daripada 100 setiap minit dikenali sebagai palpitations (berdebar-debar).

 

Ketika jantung berdegup lebih daripada 100 kali setiap minit, keadaan itu boleh menjadi tanda penyakit jantung takikardia.

 

Senaman atau aktiviti fizikal boleh meningkatkan degupan jantung.

See also  Obesiti Malaysia No.1 Asia Tenggara dan No.2 di Asia

 

Penyebab jantung berdebar boleh disebabkan gaya hidup, perubahan hormon dan penyakit berkaitan jantung. Alasan lain termasuklah;

 

1. Tekanan kerja dan rasa cemas

 

Emosi yang tidak terkawal ketika tertekan dan perasaan cemas dapat memicu pelepasan hormon kortisol yang boleh mempercepatkan degupan jantung.

 

2. Senaman dan aktiviti fizikal

 

Senaman dan aktiviti fizikal dapat meningkatkan degupan jantung. Bagi yang sudah terbiasa bersenam, jantung boleh berdegup kencang apabila sudah lama tidak bersenam atau keadaan tubuh yang tidak berstamina. Kebiasaannya akan merasa keletihan.

 

3. Perubahan hormon

Wanita biasanya boleh merasai degupan jantung menjadi lebih cepat ketika haid, hamil atau ketika proses menopause. Perkara itu disebabkan perubahan hormon.

See also  Keistimewaan 18 Zat Pokok kelor atau moringa yang dilupakan

 

4. Demam

Ketika seseorang mengalami demam panas, tubuh akan menggunakan lebih banyak tenaga daripada biasanya dan ia menyebabkan jantung berdegup lebih laju.

 

5. Kesan sampingan ubat

 

Beberapa ubat memiliki kesan sampingan menyebabkan jantung berdegup dengan lebih cepat seperti antibiotik, ubat batuk, ubat pelangsing, ubat darah tinggi dan sebagainya.

 

6. Gula dalam darah rendah

Ketika kadar gula dalam darah menurun, tubuh akan mengeluarkan hormon seperti kortisol dan adernalin sekaligus menyebabkan jantung berdegup laju.

 

7. Kelenjar tiroid terlalu aktif

 

Kelenjar tiroid berfungsi untuk mengatur metabolisme dalam badan. Ketika ia terlalu aktif, jantung boleh berdegup dengan lebih cepat.

See also  Tiga perniagaan membahayakan kesihatan tetapi paling laris di pasaran

 

 

8. Penyakit jantung

Penyakit jantung seperti fibrilasi atrium, takikardia, atau ventrikel prematur merupakan penyebab jantung berdegup kencang.

 

Tanda penyakit jantung seperti sakit dada, rasa mual, sesak nafas dan berpeluh.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Berdegup laju tak semestinya sakit jantung " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372057
Users Today : 672
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15369
Users Last 30 days : 64492
Users This Month : 61075
Users This Year : 372056
Total Users : 372057
Views Today : 991
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23017
Views Last 30 days : 99343
Views This Month : 94129
Views This Year : 573195
Total views : 573196
Who's Online : 13
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares