Sayur Kale ialah sayur hijau kategori SUPER-FOOD baru dikenali di Malaysia boleh didapati secara dalam talian atau di pasaraya.

Bagi pengidap gout disarankan tidak mengambil terlalu banyak kale kerana sayuran ini mengandungi purin tinggi.
Manfaat dan kandungan nutrisi sayur Kale yang luarbiasa bagi Kesihatan
1) Manfaat antioksidan
Kale adalah sayuran dengan kandungan zat antioksidan yang tinggi dan lengkap. Meskipun berwarna hijau, sayuran keriting ini adalah sumber betakaroten yang tinggi, lutein , dan zeaxanthin. Zat tersebut adalah Flavonoid yang memiliki sifat antioksidan dan antikanser yang kuat. Betakaroten adalah provitamin A, yang akan diubah menjadi vitamin A dalam tubuh.
2) Mengandung Omega 3
Lemak Omega 3 akan memberikan manfaat anti-inflamasi, mengurangi peradangan pada pembuluh darah dan sendi, kesihatan otak, dan penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Satu mangkuk kale akan memberikan kira-kira 10% dari keperluan harian omega 3.
3) Tinggi Vitamin C
Kajian mendapati kale ini tinggi kandungan vitamin C.
100 g daun segar kale mengandung 120 mg atau setara dengan 200 % dari keperluan harian vit C. Vitamin C merupakan antioksidan kuat, yang membantu tubuh untuk meningkatkan kekebalan terhadap agen infeksi dan anti radikal bebas.
4) Vitamin A untuk Kesihatan mata
Sayuran ini sangat kaya akan vitamin A, yaitu 100 g daun kale segar memberikan 512 % keperluan harian. Vitamin A diperlukan tubuh untuk menjaga kesihatan selaput lendir, kulit dan terutama sangat penting untuk penglihatan. Makanan yang kaya vitamin A akan memberikan perlindungan terhadap kanser paru-paru dan kanser rongga mulut. Zeaxanthin adalah karotenoid bersifat antioksidan, diserap ke dalam macula lutea retina pada mata l.
Dengan demikian akan membantu untuk mencegah kemusnahan retina dan perlindungan dari katarak pada warga emas.
5) Sumber Vitamin K
Kale adalah salah satu sumber vitamin K yang baik, 100 g sayuran ini menyediakan sekitar 700 % dari keperluan harian. Vitamin K berperanan menguatkan kesihatan tulang. Vitamin K juga mencegah penyumbatan salur darah, khususnya melindungi kerosakan saraf. Vitamin K sangat penting mengubati masalah penyakit Alzheimer.
6) Sumber kaya B kompleks
Sayuran berdaun hijau ini juga banyak mengandung beberapa vitamin dari B-kompleks, seperti niacin , vitamin B – 6 (pyridoxine) , thiamin , asid pantotenat , yang penting untuk saraf.
7) Sumber mineral tinggi
Sayur berdaun keriting ini juga dikenal kaya kandungan mineral seperti tembaga , kalsium, natrium, kalium, zat besi, mangan, dan fosfor. Kalium membantu untuk mengawal otot jantung dan tekanan darah dengan cara melawan kesan sodium. Mangan ialah enzim antioksidan. Zat besi diperlukan untuk pengangkutan oksigen ke seluruh sel tubuh dan pembentukan sel darah merah.
8) Sumber Kalsium
Kalsium bermanfaat bagi tubuh terutama untuk kesihatan tulang. Jika kekurangan kalsium, maka tubuh akan mengambilnya dari tulang. Dengan demikian kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah kerapuhan tulang atau osteoporosis.
Kale menyediakan imuniti badan melindungi kita dari penyakit jantung, kanser usus besar dan kanser prostat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 8 khasiat menakjubkan sayur Kale " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.