Resume atau maklumat diri pemohon pekerjaan mesti menarik dan kemas tersusun untuk mendapatkan perhatian majikan.

Resume yang lengkap mempunyai:

1. Kepala surat (nama, alamat, e-mel, nombor telefon)

2. Objektif resume

3. Sejarah pendidikan

4. Sejarah pekerjaan

5. Kemahiran

6. Rujukan/reference

7. Gaji yang dipohon

Sebenarnya, fokus majikan ialah latar belakang pendidikan dengan pengalaman bekerja .

Jika tiada pengalaman bekerja, isikan butiran aktiviti sukan atau kokurikulum masa sekolah dulu.

Sediakan Resume guna aplikasi lebih mantap.

Langkah-langkahnya pun mudah!

1. Pasangkan aplikasi Pathsource Resume :

Google Play Store (Android)

App Store (Apple)

2. Setelah daftar , klik “Start Now”, dan boleh pilih template resume bersesuaian (ada 21 pilihan!).

3. Pilih warna tema resume.

4. klik “Preview with This Template”.

5. Setelah puas hati dengan paparan template, mula isikan maklumat peribadi seperti:

Nama penuh

Alamat e-mel

Nombor telefon

Latar belakang pekerjaan

Latar belakang pendidikan

Bahagian “Job Description” ubah mengikut kesesuaian bidang korang.

6. Save dengan nama fail yang bersesuaian.

7. Buat Entri tambahan seperti “Hobbies and Interests”, “Skills and Abilities”, dan “Reference” untuk menjadikan resume lebih profesional.

8. Seterusnya boleh export dan e-melkan resume tu kepada diri sendiri dan majikan.

Apa yang penting sikap positif sentiasa rajin untuk memohon dan mencari kerja serta jangan sesekali berputus asa jika tiada panggilan temuduga.

(Visited 199 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Buat Resume Online untuk memohon pekerjaan   " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares