Pada hari ini 14 Mei 1948, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Edward Gent, merasmikan Sekolah Kanak -Kanak Nakal di Dusun Tua, Selangor.

Menurut Sir Edward Gent, sekolah ini dibuka untuk membantu dan memulihkan kanak-kanak lelaki yang menempuh kehidupan mereka tanpa penjagaan dan kasih sayang yang sempurna daripada keluarga atau penjaga.

Kumpulan pelajar pertama sekolah ini seramai 47 orang, terdiri daripada golongan yang bermasalah disiplin.

Sekolah ini merancang untuk menempatkan dan memulihkan seramai 400 orang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dari seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu.

Sekolah ini menyediakan kemudahan seperti dua buah bangunan asrama, bilik bacaan, bilik jahitan dan kawasan lapang untuk kanak-kanak beriadah.

Dengan pembukaan sekolah ini dapat memberi harapan dan sinar baru kepada kanak-kanak nakal untuk meneruskan kehidupan yang lebih teratur, berdisplin di bawah pengawasan yang tersusun.

 

Sumber Arkib Negara

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sekolah kanak-kanak nakal pertama negara dibuka " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares