Minyak masak subsidi Rm2.50 setiap kilogram berjumlah 60 juta kilogram setiap bulan yang dikhususkan untuk golongan B40 telah disalahgunakan sejak 15 tahun lampau.

Harga minyak bersubsidi RM2.50 sekilogram adalah termurah didunia.
Harga sebenar semasa ialah RM9.00 sekilogram. Kerajaan Malaysia membelanjakan wang negara berjumlah RM6.50 untuk mengekalkan minyak masak bersubsidi dijual pada harga RM2.50 sahaja.
Hampir setiap bulan berlaku masaldh minyak masak bersubsidi tidak sampai kepada golongan sasaran walaupun penjualan dihadkan kepada 2 paket untuk setiap pelanggan.
Jumlah 60 juta kilometer sepatutnya mencukupi untuk setiap rakyat dengan pengiraan 2 paket untuk setiap rakyat berjumlah 30 juta orang.
Malangnya minyak subsidi yang menelan belanja wang negara sebanyak RM4 Billion setahun telah diambil kesempatan oleh penyeludup dikawasan sempadan Thailand dan Indonesia.
Kos minyak masak tinggi dinegara berkenaan sekitar RM 7-RM9 setiap kilogram menjadi punca berlakunya penyeludupan untuk mengaut keuntungan.
4,125 total views, 3 views today
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video Penyeludup]Batalkan saja subsidi minyak masak dan ganti dengan bantuan tunai B40 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.