SEORANG ayah tetap cekal menggendong jenazah bayi perempuannya untuk pulang ke rumah mereka dengan berjalan kaki lebih kurang 1 jam di Kg Samparita Tengah, Kota Marudu Sabah.

Keluarga ini merupakan golongan kurang berkemampuan. Persatuan Amal turut menaja keranda, namun setibanya di pertengahan jalan menuju ke rumah mereka, van jenazah terpaksa berhenti kerana halangan jalan berselut tebal menyebabkan van tersangkut.



Bayi berusia 5 bulan ini meninggal dunia di Hospital Queen 2, Kota Kinabalu dibawa menggunakan van jenazah percuma daripada Persatuan Amal Dan Jariah Sabah.

Kejadian ini baru berlaku beberapa bulan yang lepas namun baru dikongsikan oleh Tn Masrul yang merupakan pemandu van jenazah berkenaan.

Takziah untuk kedua ibu bapa dan semoga diberi kekuatan diatas pemergian anak tersayang.

Kemudahan perasarana jalan yang dhaif menyukarkan pergerakan penduduk dan pastinya melambatkan kemajuan ekonomi penduduk.


Kemudahan telekomunikasi juga mesti disegerakan supaya capaian kepada perhubungan internet dapat memacu perkembangan ekonomi dengan lebih baik.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bapa berjalan kaki gendong jenazah bayi perempuan pulang ke rumah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares