Satu kajian pada tahun 2016 melibatkan 100 individu berkaitan pengaruh air beralkali terhadap kelikatan darah mendapati terdapat perbezaan ketara dalam kelikatan darah keseluruhan selepas mengambil air pH tinggi(beralkali) berbanding air biasa selepas melakukan senaman yang agresif.

Kelikatan ialah pengukuran langsung tentang kecekapan darah mengalir melalui saluran.
Didapati mereka yang mengambil air pH tinggi(beralkali) telah mengurangkan kelikatan sebanyak 6.3 peratus berbanding 3.36 peratus dengan air putih ph7.
Pemerhatian ini membawa kepada kesimpulan darah mengalir dengan lebih cekap dengan air beralkali. Ini boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan.
Ahli pengkaji berpendapat lebih banyak kajian saintifik diperlukan untuk menyokong keberkesanan air beralkali kepada kesihatan manusia.
Walaupun begitu, keberkesanan air beralkali secara amnya membantu memulihkan beberapa masaalah kesihatan.
Contohnya teh hijau dan kopi kosong bersifat alkali menjadi amalan harian untuk mengekalkan tekanan darah dan kawalan gula dan meredakan rasa pedas.
Selainnya termasuk juga air alkali dipercayai memiliki:-
1) Sifat anti penuaan (melalui antioksidan cecair yang menyerap lebih cepat ke dalam sel tubuh manusia)
2) Sifat pembersihan kolon
3) Sokongan sistem imun antibodi, penghidratan, kesihatan kulit, dan sifat detoksifikasi.
4) Pengurangan berat badan kalangan obes.
5) Meningkatkan rintangan kanser
Air paip daripada tangki pembekalan biasanya sedikit berasid ph sekitar 5-6 kerana campuran klorin.

Pelbagai penapis dipasaran mampu menyekat klorin dan mengeluarkan air neutral. Terdapat juga penapis yang menyuntik bahan mineral beralkali kedalam air yang ditapis.

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Air beralkali memudahkan aliran darah " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.