Ramai pihak cuba menterjemahkan politik dengan pelbagai analogi umpamanya teknik mengurus, teknik psikologi, tipu muslihat untuk menewaskan seteru dan banyak lagi.


Namun asas sebenar politik ialah pendapat. Setiap orang ada pendapat yang ada ketikanya bersamaan dan bertentangan antara satu sama lain.

Pendapat yang bersamaan pasti nya ada menjadi penyokong dan sebahagiannya tidak bersetuju akan membangkang.

Lumrah pendapat memang begitu. Kumpulan yang menyokong akan mencari tambahan sokongan.

Manakala yang membangkang juga akan menambah kekuatan bangkangan dengan mencari sokongan terhadap bangkangan mereka.

Kenapa hal ini terjadi. Kita teropong Surah Al-Baqara, ayat 36:
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

Kerana ketentuan pencipta kita sentiasa wujud 2 pihak saling berbeza pendapat antara satu sama lain .
Ini adalah syarat utama untuk membina kemajuan tamadun kehidupan di bumi.

Proses ini berterusan hingga kehari ini membuktikan kewujudan pihak saling bercanggah pendapat adalah ramuan penting kelestarian kehidupan seperti ekonomi, kesihatan, pendidikan, kebajikan dan sebagainya berkaitan urusan masyarakat keseluruhannya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa benda sebenarnya politik? " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares